web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anak Ketujuh Dilahirkan Dengan Sindrom Down, Faizal Tahir Terharu Sokongan Positif

Penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir berkongsi tentang anak ketujuhnya, Maryam Tahirah yang dilahirkan dengan Sindrom Down dan terharu dengan mesej positif daripada orang sekelilingnya.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 11:35AM

Gambar Fail, Mohd Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram yang menceritakan tentang anak ketujuhnya.

Menurut Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Bin Mohammad Tahir, 44, anak ketujuhnya itu adalah seorang bayi perempuan yang diberi nama Maryam Tahirah sempena nama ibu kepada Nabi Isa dan ayahanda Faizal sendiri.

“Maryam ini adalah anak kami yang Allah beri keistimewaan kerana dia sangat-sangat istimewa. Sewaktu Maryam di dalam kandungan, doktor dapat kesan beberapa masalah komplikasi antaranya jantung dan kemudiannya dipastikan sebagai Tetralogy Of Fallot (TOF). Campuran darah dan oksigennya tidak bagus. 

“Beberapa bulan selepas itu, doktor buat imbasan lagi dan dapat kesan ada masalah lain lagi dalam perut iaitu ada double bubble (duodenal atresia) yang membuatkan dia akan berdepan dengan masalah untuk makan. 

“Apabila terdapat dua komplikasi yang berlaku, doktor menasihati supaya saya bawa isteri untuk menjalani pemeriksaan yang lebih rapi kerana katanya kemungkinan anak saya mengalami Down's Syndrome. 

“Sebulan sebelum isteri saya bersalin, memang pasti anak dalam kandungan itu mempunyai masalah Down's Syndrome,” katanya.

Kata Faizal lagi, dia menerima ketentuan itu dengan terbuka dan reda kerana itu adalah suratan takdir yang sudah tertulis untuknya. 

“Apa yang saya boleh kongsikan adalah sewaktu saya beritahu kepada teman-teman dan keluarga mereka memberikan jawapan yang sangat positif dan memberi semangat.

“Perkara ini membuatkan saya rasa lebih selesa. Kebiasaannya bila saya ceritakan kepada sesiapa pun tentang hal ini, benda pertama yang keluar dari mulut mereka ialah Masha-Allah, Subhanallah, Allah kurniakan kepada kau anak syurga.

“Sewaktu saya mendengarnya hati saya sangat tersentuh kerana saya tidak jangkakan perkara seperti itu. 

“Bila mereka kata tidak semua orang dapat menjadi insan terpilih untuk mendapat anak istimewa, Alhamdulillah benda itu sangat memberi semangat dan kekuatan kepada saya dan isteri,” katanya.

Kongsi Faizal lagi, doktor ada menasihatinya bahawa anak ketujuhnya ini perlu diberikan layanan yang istimewa berbanding dengan anak-anaknya yang lain. 

“Doktor cakap bayi ini sangat perlukan anda. Masa doktor cakap macam tu pada saya, benda yang terdetik di hati dan fikiran saya pada ketikta itu adalah bukan anak saya yang perlukan saya, tetapi saya yang perlukan anak saya untuk saya menjadi seorang manusia yang lebih baik, yang lebih bersyukur dan memperbaiki diri saya sebagai seorang hamba Allah. 

“Perkara inilah yang membuatkan saya rasa sangat-sangat bersyukur bila sedar yang Allah hantar benda sebegini sebenarnya dengan satu niat yang sangat baik,” katanya.

Katanya lagi, ketika ini dia masih kekal positif kerana percaya selepas ini akan ada lebih banyak lagi ujian yang akan menantinya.

“Saya akan melalui banyak lagi ujian dan banyak lagi hari-hari yang akan mengajar saya banyak benda baru. Saya tidak sempurna dan tidak akan menjadi sempurna. Sebab itu kita sebagai manusia perlu belajar.

“Perlahan-lahan belajar jangan tergopoh-gopoh. Selagi saya masih hidup dan selagi Allah kurniakan saya rezeki, selagi itulah saya tak boleh berputus asa, harus perbaiki diri dan sedar yang tanggungjawab saya di dunia ini belum selesai. Sentiasa bersangka baik dengan Allah,” katanya. 

Video perkongsian itu telah mendapat hampir 700,000 tontonan dan lebih dari 2,000 komen termasuklah dari rakan-rakan selebriti serta netizen. 

Ramai di antara mereka yang terinspirasi dengan kisah yang dikongsikan Faizal dan mendoakan agar Faizal sekeluarga sentiasa diberikan kekuatan dan kebahagian. - Getaran, 21 Mac 2022

Gambar: Tangkapan layar video Instagram @faizal_tahir

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Faizal Tahir Lelong Barangan Peribadi Demi Palestin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PLKN 3.0 Terima Respon Positif, Terapkan Juga Persediaan Hadapi Krisis Kesihatan Mental

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN