web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anna Al Juffrey Kini Penyampai Radio Suria FM

Stesen radio popular, Suria FM memperkenalkan penyampai terbaru mereka iaitu Anna Al Juffrey yang akan mengendalikan segmen pagi setiap hujung minggu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 5:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah lama rasanya stesen radio popular, Suria FM tidak mengambil penyampai radio baru sejak kali terakhir mereka melantik pelawak, Ajak Shiro sebagai penyampai segmen Team Pagi Suria kira-kira tiga tahun lalu. 

Terbaru, Pengacara, Anna Aljuffrey atau nama sebenar Syarifah Nur Farhana Syed Talib, 31, diumum sebagai penyampai baru di Suria FM pada 14 Mac 2022. 

Diberi tanggungjawab mengendalikan segmen Suria Pagi Show bersama Anna J, Anna akan ke udara bermula 19 Mac ini setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi. 

Menerusi segmen ini, pendengar akan dihiburkan dengan seleksi lagu-lagu popular 90-an dan terkini di samping perbincangan apa menarik dalam dan luar negara. Bukan itu sahaja, segmen bersama Anna J ini juga akan memberi peluang kepada pendengar setia Suria FM untuk berbual secara langsung mengenai topik harian dan memilih lagu kegemaran sendiri untuk dimainkan di radio.

Menurut Pengurus Besar Program Suria, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali dengan nama DJ Lin, pihak Suria FM merasakan sudah tiba masanya untuk menambah barisan penyampai sedia ada dalam usaha memperkukuhkan lagi jenama Suria dalam industry penyiaran radio di Malaysia. 

Selain Ajak, Fizi Ali, Suraya Borhan, Cik Piah, Rara, Tyzo dan DJ Lin, kemasukan Anna J merealisasikan impian Suria FM untuk terus menghimpunkan barisan penyampai radio yang berbakat, versatil dan serba boleh.

“Selain daripada menawarkan kandungan siaran yang lebih bervariasi, kali ini kami akan turut memberi tumpuan kepada segmen hujung minggu dalam menambat hati pendengar sedia ada juga pendengar baru termasuk pihak penaja. 

Pemilihan Anna J amat bersesuaian dengan misi Suria di tahun 2022 ini, berbekalkan pengalaman beliau disamping gaya penampilan yang tersendiri, kehadiran Anna J dilihat mampu melengkapkan percaturan strategi Suria FM dalam bersaing secara proaktif dan agresif.

Segmen ‘Suria Pagi Show Bersama Anna J’ yang akan keudara tentunya bakal menceriakan hujung minggu pendengar dengan kandungan yang lebih segar, informatif dan interaktif,” katanya ketika ditemui sewaktu sesi suai kenal bersama Anna J. 

Sementara itu menurut Anna pula, sudah lama dia memasang impian untuk jadi sebahagian daripada keluarga Suria FM dan merupakan pendengar setia Suria FM terutamanya Suria Cinta membuatkannya tidak menolak peluang yang ditawarkan. 

“Di Suria, saya akan berusaha memenangi hati peminat sedia ada Suria FM dan menarik minat lebih ramai pendengar muda dengan pengisian yang lebih segar dan terkini dengan menggunakan pendekatan media sosial dan segmen yang santai agar pendengar akan merasa lebih dekat dengan saya,” katanya. 

Menyatakan dirinya bertuah kerana diterima baik sebagai ahli baru keluarga Suria FM, Anna turut berharap dapat belajar dan dibimbing oleh penyampai-penyampai Suria FM yang lain yang sudah lama berada dalam industri radio. - Getaran, 18 Mac 2022. 

Gambar: Suria & Instagram 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tiada Lagi Segmen Suria Cinta, DJ Lin Beri Tumpuan Pada Bidang Pengurusan

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Suara Tyzo Bakal Berkumandang Di Sebuah Stesen Radio Mac Nanti

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN