web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Transisi Ahirine Ahirudin Dari Pelakon Lagak Ngeri Ke Bintang Filem

Minatnya terhadap aktiviti lasak mendorongnya menjadi pelakon aksi lagak ngeri. Berbekalkan wajah yang jelita serta personaliti yang lincah, tidak hairanlah Ahirine Ahirudin kini disunting menjadi bintang filem.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Mar 2022 9:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wajahnya pernah menghiasi kaca televisyen setiap malam menerusi program berita hiburan, 'H Live' sebagai wartawan penyiaran.

Memiliki wajah yang jelita serta tubuh yang tinggi lampai, tidak hairan jika ada penerbit filem yang mahu menyambarnya sebagai teraju utama. 

Selepas dipilih untuk membintangi filem Remp-it 2, Ahirine Ahirudin terpilih sebagai heroin untuk filem Gadis Jolobu yang sedang dalam pembikinan. 

Mengulas lanjut mengenai pembabitannya dalam dunia perfileman, kata gadis berusia 26 tahun ini, dia memang sangat meminati bidang lakonan. 

Saya bermula sebagai pelakon aksi lagak ngeri beberapa tahun yang lalu. Kemudian saya mendapat tawaran menjadi pelakon aksi lagak ngeri untuk filem Remp-It 2. Ketika itulah mereka tawarkan kepada saya untuk menjadi pelakon filem itu.

“Saya rasa ibarat mimpi jadi kenyataan. Saya pun memang minat jadi pelakon lalu saya terus setuju,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran filem Gadis Jolobu

Filem pertama lakonan Ahirine belum lagi ditayangkan, namun tuah terus menghimpit dirinya kerana mendapat tawaran untuk membintangi filem Gadis Jolobu di samping otai-otai terkenal seperti Datuk Hattan, Khir Rahman dan Joey Daud.

Pengarah filem ini iaitu CL Hor menawarkan watak heroin kepadanya kerana terdapat babak-babak aksi yang sesuai dengan karakter Ahirine yang merupakan seorang gadis lasak tetapi ayu dipandang. 

Lebih menarik, syarikat produksi yang menerbitkan filem Gadis Jolobu iaitu Zebra Studio telah menandatangani perjanjian bersama Ahirine untuk bekerjasama dalam empat buah filem terbitan mereka. 

“Saya rasa sangat teruja untuk berlakon dengan nama-nama besar seperti Datuk Hattan, Khir Rahman dan Joey Daud.

“Saya harap mereka boleh beri tunjuk ajar kerana saya masih baharu dalam industri ini,” katanya yang akan menjalani penggambaran selama sebulan di Negeri Sembilan sepanjang bulan Mac ini,” ujarnya. - Getaran, 14 Mac 2022

Gambar: Instagram & Helmi Anuar (iPhone 13 Pro Max)

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Tak Mudah Ganti Nabila Huda, Ahirine Ahirudin Masuk Kelas Lakonan

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Gadis Jolobu The Movie - Filem Komedi Ringan Yang Terlalu Ringan

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

'Gadis Jolobu The Movie' Ketengah Dialek Negeri Sembilan

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN