web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kisah Di Sebalik Busana Aina Abdul Di AJL36

Seperti yang dijangka, penampilan Aina Abdul di malam AJL36 pastinya menjadi buah mulut ramai apabila sekali lagi dia tampil dengan imej unik. Namun, setiap rekaan punya maksud tersirat. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 11:55AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja nama Aina Abdul, bukan sahaja terngiang-ngiang kelunakan vokalnya yang padu, tetapi kita juga pasti teringat akan fesyennya yang sentiasa lain dari yang lain. 

Seperti yang diduga, fesyen Aina untuk Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL36) menjadi perhatian dan bualan ramai. 

Mempertaruhkan dua lagu pada malam itu, Aina menggayakan dua busana dengan kisah yang berbeza di sebalik setiap rekaan.

Untuk lagu duetnya bersama Khai Bahar yang berjudul 'Nafas Cinta', Aina tampil dalam busana persis pokok bunga rekaan Melinda Looi.

Menurut Aina, sewaktu bertemu dengan Melinda, dia hanya memberitahu inginkan sesuatu yang mekar. 

“Saya hanya beritahu dia satu perkataan sahaja bahawa saya mahukan sesuatu yang mekar. Lagu 'Nafas Cinta' Adalah sesuatu yang baharu dan mekar. Jadi Melinda olah jadikan bunga. Maka terhasil satu busana yang mega dipenuhi dengan bunga segar, bunga tiruan dan ranting," katanya. 

Untuk persembahan lagu 'Sepi' pula, Aina tampil dari hujung rambut ke hujung kaki dalam persalinan berwarna emas bersaiz ekstra. 

Kata Aina, inspirasi disebalik busana yang direka oleh T Syahmi ini adalah trofi-trofi ikonik anugerah berprestij.

“Kalau kita lihat anugerah Grammy, Oscar dan AJL trofinya semua berwarna emas. Jadi, kita cuba bagi ‘vibe’ kalau kita tak menang pun, kita masih boleh rasa seperti pemenang. 

"Saya harap semua suka dengan penampilan saya pada malam ini. Terima kasih kepada panata gaya saya iaitu Abu Shaef kerana merealisasikan penampilan saya pada malam AJL36 ini dengan jayanya,” katanya. 

Tahniah diucapkan kepada Aina kerana berjaya memenangi dua anugerah pada malam tersebut iaitu Vokal Terbaik dan Penyanyi AJL Popular bersama Khai Bahar. - Getaran 10 Mac 2022

Gambar: Instagram @ainaabdul

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN