web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Raja Ilya Hamil 5 Bulan, Bakal Bersalin Di Australia

Bakal melahirkan zuriat pertama tidak lama lagi, Raja Ilya berharap ramai sudi berkongsi tip sebagai persiapan bergelar ibu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 5:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya, pelakon Raja Ilya bakal melayari kehidupan sebagai ibu tidak lama lagi. Dia yang kini berbadan dua gembira berkongsi berita itu dengan peminatnya. 

Menerusi ruangan media sosialnya, Ilya memaklumkan dia kini hamil lima bulan bahkan turut menunjukkan perutnya yang kian membesar.  

“Tak sabar sebenarnya nak kongsi berita ini dengan semua. Tapi, oleh kerana masa dan situasi tidak mengizinkan, jadi kami bercadang kongsi pada hari ini,” katanya dalam satu pautan di Instagram yang dimuat naik pada 6 Mac lalu. 

Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mengakui gembira dengan kehidupan di Australia, namun pada waktu sama dia amat merindu Malaysia. 

“Rindu nak balik Malaysia, balik Ipoh jumpa keluarga, rindu nak menjalani penggambaran dengan kawan-kawan. Sejujurnya, kempunan rindu itu lebih daripada kempunan untuk makan pada waktu sedang mengandung,” katanya. 

Pelakon filem Appalam dan Suamiku, Encik Perfect 10 itu turut menzahirkan rasa syukur  kerana segalanya berjalan dengan lancar.

“Memandangkan saya akan bersalin di Australia, harap ramai sudi kongsi tip. Seperkara tentang pengalaman mengandung lima bulan ini, ia sukar. 

“Bukan mudah rupanya nak jadi seorang ibu. Tapi, pada waktu yang sama saya rasa teruja dan bersyukur,” katanya lagi. 

Ilya mengahwini usahawan dari Australia, Trent Garret pada Disember 2018. Selepas tiga tahun mendirikan rumahtangga, Ilya disahkan hamil. - Getaran, 9 Mac 2022

Gambar: Facebook Raja Ilya 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN