web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Di Sebalik Kritikan, Sharifah Rose Gembira Masih Diberi Peluang Berlakon

Di sebalik kritikan hebat yang diterima dalam ‘Kekasih Hati Mr Bodyguard’, Sharifah Rose masih lagi mendapat kepercayaan untuk memegang watak utama dalam drama bersiri.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 2:56PM

Gambar: Instagram @sharifahrose_

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak semua orang bersikap terbuka apabila menerima teguran atau kritikan. Namun, berbeza dengan sohor Instagram yang kini bergelar pelakon, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira. 

“Bagi saya, setiap kali mendapat tawaran drama baharu, niat saya adalah untuk belajar. Jadi, bagi saya, tidak salah sebenarnya kalau kita membuat kesilapan.

“Kerana dari situ kita akan berusaha untuk belajar serta memperbaiki kesilapan atau kesalahan yang kita lakukan itu. 

“Di set lokasi, saya suka bila orang tegur lakonan saya. Saya juga sentiasa bersikap terbuka untuk menerima segala teguran dan saya juga lebih suka orang menegur saya secara terus-terang. 

“Setidak-tidaknya, saya dapat terus memperbaiki lakonan saya dan tidaklah saya ulangi kesalahan itu nanti,” katanya lagi. 

Selepas menerima kritikan hebat menerusi lakonannya sebagai Hana dalam drama bersiri ‘Kekasih Hati Mr. Bodyguard’ tahun lepas, Sharifah Rose sendiri tidak menyangka masih lagi mendapat peluang untuk membawakan watak utama dalam drama ‘3 Nota Cinta’ yang baru-baru ini ditayangkan di TV3. 

“Saya tidak pernah sangka saya akan terlibat di dalam industri ini mahupun dunia lakonan. Bila saya dapat peluang ini, saya mahu cuba dan belajar. 

“Bila ditawarkan berlakon dalam ‘3 Nota Cinta’, saya rasa gembira sangat sebab saya masih diberikan peluang untuk berlakon lagi. 

“Saya gunakan peluang ini untuk saya terus belajar dan berlakon dengan lebih baik lagi,” katanya. 

Ditanya sama ada dia pernah menyertai mana-mana kelas lakonan secara formal, Sharifah Rose mengakui ada menyertainya. 

“Tapi disebabkan jadual saya cukup padat, saya tak sempat pergi ke kelas. Sebelum ini pun, kalau saya ada berlakon dalam drama, saya akan pergi ke kelas dan belajar dengan skrip. 

“Untuk drama yang seterusnya, saya belum dapat skrip dan masih belum ada kesempatan jumpa dengan pelakon-pelakon lain,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Sharifah Rose juga baru-baru ini terpalit dengan kontroversi mengenai produk jenama tudungnya, Sekuntum yang didakwa meniru jenama tempatan lain.

Namun, Sharifah Rose telah pun menjelaskan isu tersebut di laman media sosialnya. - Getaran, 7 Mac 2022

Gambar: FB Sharifah Rose 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN