web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nelydia Senrose Terharu Ramai Kongsi Tip Cara Pakai Tudung

Pelakon jelita, Nelydia Senrose terharu pengikut media sosialnya memberikan tip selepas dia minta tunjuk ajar cara memakai tudung bagi wanita yang mempunyai bentuk wajah bulat. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 11:36AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai sudah tahu imej terbaharu pelakon jelita, Nelydia Senrose yang kini berhijab sepenuhnya.

Nelydia juga sudah beberapa kali memuat naik gambarnya dengan imej baharu berkenaan di akaun Instagram.

Baru-baru ini, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen, 28, ada meminta tip daripada pengikut Instagram tentang cara-cara memakai hijab buat mereka yang memiliki bentuk wajah bulat. 

“Hello. Boleh tak kongsi cara pakai tudung kalau muka bulat?,” tulisnya di bahagian kapsyen gambarnya yang sedang berada dalam kereta di London. 

Lantaran itu, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani dengan ribuan komen gaya sesuai lilitan tudung buat mereka yang berwajah bulat. Bahkan ramai memuji penampilan terbarunya yang disifatkan sangat cantik dan manis. 

“MasyaAllah, terima kasih untuk kesemua tip yang diberikan. Nanti nak baca satu persatu dan tonton semua video tutorial yang telah dikongsikan. Ya Allah, saya sangat menghargainya. Terima kasih,” tulis Nelydia di bahagian komen. 

Tidak dinafikan, kejelitaan Nelydia lebih terserlah tatkala memakai hijab dan kelihatan sungguh manis dan sopan. Semoga Nelydia sentiasa istiqamah dan menjadi ikutan para pengikutnya di media sosial. - Getaran, 4 Mac 2022. 

Gambar: Instagram 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nora Danish Berhijab Selepas Sering Hadiri Majlis Ilmu

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Imej Aizat Di Konsert Yunaverse feat Ai. Z Jadi Tanda Tanya Peminat

4

TARA 2 tahun yang lalu

Mengurus Belanja Dapur: 5 Tip Mendapat Lebih Untuk Wang Anda

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN