web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Diana Danielle Kini Duta Traveloka

Pelakon terkenal, Diana Danielle dilantik sebagai duta aplikasi pengembaraan dan gaya hidup, Traveloka sempena ulang tahun ke-10. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 11:48AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aplikasi pengembaraan dan gaya hidup popular, Traveloka melantik pelakon dan penyanyi terkenal, Diana Danielle sebagai duta jenama untuk Malaysia sempena ulang tahun ke-10 mereka di Asia Tenggara. 

Aplikasi pengembaraan ini akan bekerjasama dengan Diana untuk menggiatkan industri pelancongan tempatan, menggalakkan perjalanan selamat untuk seisi keluarga dan memulihkan keyakinan rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan tanah air tercinta ketika negara sedang merancakkan semula industri pelancongan.

Menurut Pengurus Besar Traveloka Malaysia, Angelica Chan, Diana mempunyai ciri-ciri yang tepat sebagai duta Traveloka Malaysia kerana kecenderungannya untuk memilih aktiviti pelancongan bagi mengeratkan hubungan keluarga. 

Diana dilantik sebagai duta Traveloka Malaysia.
Diana dilantik sebagai duta Traveloka Malaysia.

“Diana juga menunjukkan semangat keluarga-Malaysia dengan mengutamakan orang tersayang dan memastikan keselamatan mereka terjamin. Semangat inilah yang akan membantu negara pulih daripada wabak COVID-19.

"Bersama-sama Diana, kami akan berusaha untuk meningkatkan minat pelancong tempatan dan asing untuk meneroka Malaysia semula,” katanya

Diana Danielle yang juga ibu kepada dua orang anak telah menjadi penyokong kuat industri seni dan pelancongan tempatan. Beliau baru-baru ini dianugerahkan dengan Anugerah Pilihan Rakyat - Selebriti Terbaik Tahun Ini di Top 100 Talent Awards dan Malaysia Fashion, Modelling and Pageant Awards 2021.

“Saya benar-benar berbesar hati dengan pelantikan ini. Aktiviti pelancongan merupakan salah satu cara untuk saya dan keluarga mencipta kenangan dan telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan keluarga kami.

"Industri pelancongan adalah antara yang paling terjejas semasa wabak COVID-19 dan saya tidak sabar untuk memainkan peranan dalam membantu Malaysia membina semula industri ini melalui Traveloka,” ujar Diana.

Untuk memulakan sambutan, memperkaya pengalaman perjalanan dan gaya hidup rakyat Malaysia serta untuk menyatakan rasa terima kasih atas sokongan mereka sepanjang tahun, Traveloka telah mencipta permainan Augmented Reality (AR) yang inovatif sempena ulang tahun ke-10.

Permainan ini dinamakan ‘Cut A Cake dan pengguna akan dapat memenangi kupon bernilai sehingga RM10,000 apabila mereka memotong 10 kek untuk Traveloka. Kupon-kupon tersebut sah untuk ditebus antara 21 Februari hingga 6 Mac 2022.

Traveloka, merupakan aplikasi gaya hidup Asia Tenggara menyediakan akses kepada pengguna untuk melayari dan membeli pelbagai produk pelancongan, perkhidmatan tempatan dan perkhidmatan kewangan.

Portfolio produk komprehensif Traveloka termasuk perkhidmatan tempahan pengangkutan seperti tiket penerbangan, bas, kereta api, kereta sewa, pemindahan lapangan terbang serta akses kepada inventori penginapan terbesar di Asia Tenggara, termasuk hotel, pangsapuri, rumah tamu, inap desa, resort dan vila.

Ini sekali gus menjadikan Traveloka sebagai platform tempahan dengan pilihan penginapan dan pakej terluas di rantau ini. - Getaran, 3 Mac 2022.

Gambar: Traveloka

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN