web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Enam Tahun Tinggal Di Ukraine, Dr Malar Terkesan Dengan Serangan Russia

Hati Dr Malar luluh dengan tindakan berani Russia menyerang Ukraine yang pernah menjadi rumah keduanya ketika mendalami ilmu perubatan.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Feb 2022 2:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti yang semua tahu, Ukraine kini berada dalam keadaan genting selepas Russia melancarkan serangan sejak awal pagi semalam yang meragut puluhan nyawa. 

Ramai turut berduka dengan tindakan Russia termasuklah doktor dan pempengaruh media sosial terkenal negara, Dr Malar.

Sebagai seorang yang pernah menuntut ilmu perubatan di Ukraine, semestinya perkhabaran ini meruntun kalbunya. 

Menerusi sebuah hantaran yang dimuatnaik di akaun Instagram, Dr Malar atau nama sebenarnya Dr Malar Santhi Santherasegapan telah meluahkan perasaannya tentang situasi tegang yang berlaku di benua Eropah itu.

“Luluh hati baca berita Rusia melancarkan serangan ke atas Ukraine. Mana tidaknya, enam tahun ia menjadi tempat tinggal saya dan beratus ratus lagi pelajar dari Malaysia yang belajar jurusan perubatan di situ,” tulisnya.

Dr Malar merupakan graduan jurusan perubatan Crimea State Medical University yang terletak di Simferopol, Ukraine.

Semoga semua rakyat Malaysia yang berada di Ukraine berada dalam keadaan selamat, begitu juga dengan rakyat negara itu yang kini dalam keadaan trauma. 

Sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka dan semoga ketegangan ini segera berakhir. - Getaran, 25 Februari 2022

Foto : Instagram 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN