web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khai Bahar Juara Bertahan Artis Tempatan Popular JOOX 

Selain memenangi kategori Top 5 Artis: Local, Khai Bahar turut meraih kemenangan menerusi kategori Top 5 Hits: Local menerusi lagu ‘Sengsara’. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 4:52PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu demi satu kejayaan dicatatkan penyanyi Khai Bahar. Terbaharu, dia tampil bergaya mengekalkan kejayaannya sebagai artis tempatan popular buat dua tahun berturut-turut di JOOX Top Music Awards Malaysia 2021 yang diadakan dua tahun berturut. 

Selain memenangi kategori Top 5 Artis: Local, Khai Bahar juga turut meraih kemenangan menerusi kategori Top 5 Hits: Local menerusi lagu ‘Sengsara’ yang juga adalah lagu tema filem Dendam Penunggu

Gembira dengan kejayaan itu, Khai Bahar memberitahu, dia tidak mungkin akan berjaya mencatatkan kemenangan tanpa sokongan peminat serta penyokong  setianya. 

“Alhamdulillah. Kemenangan ini sebenarnya adalah kemenangan penyokong yang sentiasa memberi semangat dan mengundi saya. 

“Tanpa penyokong seperti mereka, tidak mungkin Khai akan berada dalam kedudukan ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada Khai tanpa jemu,” katanya. 

Khai Bahar kini dalam persediaan untuk menjayakan persembahan lagu ‘Nafas Cinta’ bersama Aina Abdul dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) pada 6 Mac ini. 

Menyentuh tentang persiapan lagu ‘Nafas Cinta’, Khai berkata dia dan Aina Abdul akan mulakan latihan dalam waktu terdekat. 

“Kita baru saja mendapat susunan muzik lagu ini. Pada waktu sama, banyak perkara lain perlu difikirkan iaitu tentang susunan konsep persembahan, penggunaan LED sehinggalah kepada pemilihan baju. 

“Jadi, hanya minggu ini sahaja kita dapat memulakan latihan vokal bersama-sama. Memang terasa jugak tekanannya. 

“Tapi, saya tidak rasa terlalu risau sangat kerana bergandingan dengan penyanyi hebat seperti Aina Abdul. Sedikit-sebanyak ia memberikan saya keyakinan dan mengurangkan kerisauan saya. 

“Lagipun, Aina sangat mengenali pasangan duetnya. Walaupun suara dia besar lantang dan suara saya pula halus, dia tidak ikut stail nyanyian dia semata-mata. 

“Sebaliknya, dia juga memberi ruang untuk mengikuti irama dan suara saya. Dia tahu macam mana nak pergi dengan lagu ini bersama dengan suara saya,” katanya lagi. 

Menyentuh tentang ‘Sengsara’ pula, Khai berkata, ia merupakan lagu tema Dendam Penunggu iaitu filem original yang dipersembahkan di platform penstriminan filem tonton CINEMA.

“Lagu ini adalah ciptaan John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K. Walaupun ia mempunyai emosi seram, lagu ini membawa mesej tentang anti buli,” katanya lagi. 

Dendam Penunggu yang telah pun ditayangkan pada 5 November lalu, dibarisi pelakon muda seperti Ismail Izzani, Shalma Eliana, Imran Aqil, Ahmad Adly dan Bella Dowanna. Filem ini mendapat sambutan hangat menerusi platform digital dan juga sosial media.

Manakala lagu ‘Sengsara’ terbitan Alternate Records Sdn Bhd pernah menjuarai carta muzik-muzik dan berada di Top 10 carta radio serta meraih jumlah tontonan tinggi di Tik Tok.

Lagu ini boleh didengari di semua digital platform dan juga boleh tonton video muzik di saluran YouTube Alternate Records & Talents. - Getaran, 23 Februari 2022

Gambar: Alternate Records & Instagram @khaibahar94

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Khai Bahar Nafi Sertai Parti Liar Sejak Berkawan Dengan Pempengaruh Dan Usahawan Wanita

3

Semasa 2 tahun yang lalu

BERNAMA TV Terima Anugerah The Knights Award 2023

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anugerah 'Toilet Of The Year 2023' Untuk Tandas Awam Bertaraf BMW - Menteri

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN