web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Impian Floor 88 Untuk Adakan Konsert Tercapai 

Floor 88 akan beraksi di 'Eighty8 Infinity Concert' yang bakal berlangsung pada 27 Mac ini di Grand Barakah Hotel. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 2:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Impian untuk mengadakan konsert sendiri akhirnya menjadi kenyataan buat kumpulan Floor 88 apabila mereka bakal muncul dengan konsert sulung yang diberi nama Eighty8 Infinity Concert pada 27 Mac ini di Grand Barakah Hotel, Ampang. 

Menurut vokalis Floor 88 iaitu Ayie Ilham, mereka mendapat lamaran dari pihak Grand Barakah Hotel untuk menganjurkan konsert ini sebulan lalu.

“Kami dapat tahu pemilik GBH, Razali Mohd Sham, peminat setia Floor 88. Jadi, kami bertemu bulan lalu namun ketika itu ia lebih kepada sesi suai kenal saja.

Kemudian dia tanya sama ada kami mahu adakan konsert. Pertanyaan tu ibarat membuka jalan dan berasa ini adalah peluang yang sukar untuk dilepaskan,” katanya sewaktu ditemui di sidang media. 

Ditanya kenapa mereka memilih untuk mengadakan konsert pada ketika ini, kata Ayie ini adalah titik permulaan buat Floor 88 melakukan sesuatu yang lebih besar.

“Kami juga ingin memberi penghargaan kepada semua peminat Floor 88 yang selalu bagi sokongan,” katanya yang telah lama merancang untuk mengadakan konsert namun tergendala berikutan pandemik COVID-19. 

Ditanya kesesuaian perancangan untuk mereka mengadakan konsert ketika negara masih berdepan situasi mencabar ini, pemain gitar kumpulan itu, Zai Hamzah atau Achoi memberi jaminan yang ia akan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Kalau nak tunggu pandemik ini berakhir, kita pun tak tahu bila. Jadi, apa yang kita boleh lakukan ialah anjurkan sebuah konsert yang patuh SOP. Kita akan cuba yang terbaik supaya konsert ini berjalan dengan lancar dan teratur," kata Achoi. 

Malah katanya lagi, lokasi Eighty8 Infinity Concert yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 kapasiti itu akan dikurangkan kepada 750 penonton bagi tujuan penjarakan fizikal.

Biarpun teruja untuk mengadakan konsert, Floor 88 akui tetap berasa risau dengan peningkatan kes COVID-19 pada ketika ini.

Selain Ayie dan Achoi, Floor 88 turut dianggotai Falique selaku pemain bass, Eric Fuzi (keyboard), Akram (dram) dan Amir (gitar kedua). Pada konsert itu nanti, mereka akan menyampaikan 13 lagu bersama susunan muzik yang berbeza daripada biasa.

Ditanya tentang persediaan menghadapi konsert itu nanti, kata Floor 88 mereka telah biasa melakukan persembahan sebelum ini dan sering melakukan latihan seminggu sekali, jadi tidak sukar untuk mereka mempersiapkan diri untuk beraksi kelak. 

Selain itu, Eighty8 Infinity Concert akan dimeriahkan lagi dengan persembahan Apak Harry Khalifah dan Caramelt Band.

Tiket untuk konsert ini dijual dengan harga RM300 untuk Zon VVIP, RM200 (Zon A), RM150 (Zon B) dan RM60 (Zon C). Tiket boleh didapati di ticket2u.com mulai 1 Mac 2022. - Getaran, 23 Februari 2022.

Gambar: Helmi Anuar menggunakan Samsung Galaxy A52s 5G

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN