web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Senang Daddy Ingat Birthday” - Ernie Zakri, Syamel Sambut Bayi Sulung

Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel menyambut kelahiran bayi sulung mereka pada jam 10.14 pagi tadi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 4:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 22 Februari 2022 jam 10.14 pagi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh mereka berdua di akaun Instagram masing-masing dengan memuat naik gambar bayi mereka. Namun wajah bayi berkenaan tidak dipaparkan. 

“Syukur Alhamdulillah, Cinta hati Ibu dan Daddy selamat dilahirkan jam 10.14 pagi tadi. Senang Daddy ingat tarikh lahir, 22.02.2022. Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan Kak Ninie dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” tulis Syamel di bahagian kapsyen.

Biarpun tidak mendedahkan nama serta jantina bayi mereka, tetapi dari kapsyen Syamel yang menulis ‘anak solehah’ sudah boleh diteka bahawa anak sulung mereka adalah perempuan. 

Pasangan ini telah berkahwin pada 26 Mac 2021. Ernie juga pernah menjadi bualan ramai selepas berjaya membuat persembahan dengan baik sewaktu menyampaikan lagu ‘Boneka’ di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik yang lalu biarpun sedang sarat mengandung.

‘Boneka’ turut layak ke Anugerah Juara Lagu yang akan bersiaran pada 6 Mac 2022 nanti. Sehingga kini Ernie belum mendedahkan siapakah penyanyi yang akan menggantikannya. 

Tahniah diucapkan kepada Ernie dan Syamel. Semoga kelahiran cahaya mata ini menjadi anugerah paling indah buat kalian berdua. Selamat berpantang. - Getaran 22 Februari 2022

Gambar : Instagram

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

4

TARA 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Dilantik Duta Tudung Jenama Ayuwan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN