web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Miskin Sangatkah Nak Saman Saya RM1 Juta?” - Chef Wan

Shikin Maembong, bekas menantu kepada cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan telah menghantar tuntutan saman malu sebanyak RM1 juta selepas mendakwa dimalukan secara terbuka di media sosial.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 11:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan menerusi akaun Instagramnya mendedahkan bahawa dia telah disaman oleh bekas menantu iaitu Shikin Maembong sebanyak RM1 juta.

Tuntutan saman itu dibuat berikutan bekas menantunya didakwa malu kerana telah ditegur oleh Chef Wan menerusi satu hantaran di Instagram mengenai perselisihan faham antara Shikin dan anaknya Nazri. 

Chef Wan menerusi hantarannya di Instagram menulis bahawa dia tiada masa untuk melayan perkara sebegini kerana percaya mahkamah mempunyai lebih banyak kes penting untuk diberi perhatian berbanding isu yang cuba dibangkitkan oleh Shikin.

“Letih saya nak melayan drama dia ini pun. Masing-masing dah tua please grow up okay.
Mahkamah ni ada banyak lagi isu yang penting nak beri perhatian untuk negara ini.
Tak perlu tambah lagi all this stupid issue nak saman bekas bapa mertua la pula,” tulisnya. 

Tambah Chef Wan lagi, dia meminta supaya bekas menantunya itu tidak lupa jasa-jasanya ketika bersusah payah mengeluarkan wang sewaktu majlis perkahwinannya dulu.

“Besar sangat ke kepala kau sampai lupa diri tu tak boleh di tegur dan di nasihati?
Stop! stop! i dont have time for your sh*t okay. Letih saya melayan kisah anak-anak ni semua.
Dia tak malu ke ada hati nak saman saya yang memberi nasihat baik-baik untuk kedua belah pihak? Miskin sangat ke nak saman saya RM1 juta? Terdesak ke?” tulisnya. 

Selepas membuat kenyataan sebegitu di Instagram, Shikin pula tampil dalam sebuah video menafikan dakwaan Chef Wan tentang dia menggunakan duit bekas bapa mentuanya sewaktu majlis perkahwinan.

Kata Shikin dalam video itu, dia dan bekas suami menggunakan 100% duit mereka hasil dari perniagaan yang mereka lakukan bersama. 

“Memang 100 peratus menggunakan duit kami sendiri. Tak ada 1 sen pun duit dari bekas bapa mentua saya. Jadi apa yang dia ‘post’ adalah fitnah,” katanya.

Disebabkan kenyataan itu, Chef Wan tidak berdiam diri dan sekali lagi memuat naik status di Instagram untuk menyangkal dakwaan bekas menantunya itu.

Kata Chef Wan, Shikin adalah seorang pembohong kerana dia mempunyai saksi dan bukti pembayaran.

Such a liar! Saya tanya anak saya semasa majlis resepsi di Ombak Asmara tentang jumlah tetamu iaitu 100 orang dan segala urusan pelamin siapa yang bayar dan uruskan?

“Saya boleh bawa saksi-saksi ketika itu seperti Aunty Florence dan beberapa lagi orang yang tolong saya uruskan majlis berkenaan dan bayar mereka menggunakan duit sendiri.

“Saya pasti saya masih boleh cari cek pembayaran itu. Mesti pemilik Ombak Asmara pun tahu termasuklah saksi-saksi tetamu yang datang malam itu yang tahu saya uruskan itu semua.

“Maaf anak saya tiada wang untuk berkahwin dengan awak pada ketika itu. (Saya tanya dia kau nak kahwin dengan perempuan ni cukup duit tak?). Dia jawab 'no Pa'. Jadi saya putuskan untuk membantunya menguruskan segalanya,” tulisnya.

Tulisnya lagi, dia akan buktikan bahawa apa yang dicanangkan ke satu dunia ini bukanlah fitnah semata-mata.

Hello ini Chef Wan la. Satu dunia tahu sifat pemurah dan kebaikanku. Kita miskin juga, asal dari sampah sarap. Tapi mak bapak kita tidak ajar kita kurang ajar dengan orang tua. 

“Apa lagi untuk mengigit tangan yang pernah menyuapkan kamu dan keluarga kamu. Ia adalah sifat yang jijik serta memalukan,” tulisnya.

Semoga kemelut yang melanda Chef Wan serta bekas menantunya ini dapat diselesaikan dengan cara baik. - Getaran, 22 Februari 2022

Gambar: Instagram

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

 Cawangan Ke-10 Kafe Chef Wan Bakal Bertapak Di KLIA

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN