web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Berbaloi Saya Merana Bertahun-Tahun Jika Inilah Hadiahnya” - Zulin Aziz

Catatan penuh emosi selebriti dan pengantin baharu, Zulin Aziz di akaun Instagramnya selepas diijabkabulkan suntik semangat buat mereka yang sedang kecewa dalam bercinta.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 4:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam, selebriti popular Zulin Aziz telah pun selamat diijabkabulkan bersama pasangan yang juga rakan kongsi perniagaannya iaitu Farhan Norzaini.

Majlis akad nikah diadakan pada sebelah pagi di Masjid Negara Kuala Lumpur, manakala majlis resepsi pula telah berlangsung dengan meriah di Magica Hall, Star Avenue Subang. 

Sebelum majlis resepsi berlangsung, Zulin sempat berkongsi beberapa keping foto selepas dia diijabkabulkan di akaun Instagramnya.

Namun, apa yang menyentuh hati ialah kisah yang dikongsikan Zulin di setiap kapsyen gambar yang dimuatnaiknya. 

Tulis Zulin di bahagian kapsyen, selama ini dia melalui jalan sukar dalam memilih pasangan dan sering kali menangis, disakiti, ditipu serta diketawakan. Namun dia tidak pernah berputus asa dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

“Allah telah selamatkan aku daripada perkara yang aku tak tahu. 20 Februari 2022 akhirnya aku disatukan dengan jodohku atas izin-Nya, takdir-Nya, Allahu Akbar.

"Bagaimana aku mampu menahan air mata, terlalu banyak yang aku tempuhi. Sabar itu indah. Percayalah sabar itu punya hikmah yang kau tak pernah terbayangkan. Alhamdulillah, terima kasih di atas doa-doa kalian. 

"Perkenalan ini bermula daripada pilihan arwah ibu Farhan. Terdetik dihatinya nak jadikan aku menantu. Farhan pernah menangis di pusara Abah dan meminta izin dia menjadi imam dan menjagaku. Daripada situ aku nampak keikhlasannya. Sampailah dia melamarku di Tanah Suci dan aku menerima lamaran itu.

Semoga arwah ibu dan arwah abah juga bahagia melihat kami. Al-Fatihah. Restu kedua-dua belah keluarga adalah rezeki terindah. Sederhana itu bahagia. Alhamdulillah,” tulisnya. 

Getaran berkesempatan menemu bual pasangan sama cantik sama padan ini sewaktu majlis resepsi mereka untuk mengetahui lebih lanjut perihal hari bahagia mereka.

Sewaktu ditanya tentang luahan hati Zulin di Instagram, kata bekas penyampai radio Suria ini, semua yang diluahkannya adalah jujur dari hati yang telah lama melalui fasa sukar dalam mencari jodoh. 

“Apa yang saya lalui sebelum ini, kalau inilah hadiahnya saya rasa berbaloi merana bertahun. Sebab apa yang saya dapat hari ini tak pernah saya bayangkan. Andai kata saya berkahwin dulu, saya mungkin tidak akan dapat seperti apa yang saya dapat hari ini. Rupa-rupanya Allah nak bagi yang lebih baik untuk saya. 

"Apa yang saya tulis di kapsyen itu adalah jujur daripada hati. Sebab terlalu ramai orang ‘frust’ mesej saya minta sedikit nasihat. Jadi, saya selit-selitkan nasihat supaya mereka jangan putus asa dan jangan pernah tutup pintu hati. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan percaya setiap orang dilahirkan ada jodoh cuma kita tak tahu bila,” katanya.

"Lebih manis apabila pasangan ini sebenarnya pernah melalui fasa yang sama dalam percintaan apabila Farhan juga pernah dua kali kecundang dalam perhubungan sebelum ini. 

“Kami melalui satu fasa yang sama. Tapi inilah dia dinamakan jodoh. Rahsia Allah tiada siapa yang tahu,” kata Farhan.

Ditanya soal zuriat, kata pasangan ini mereka tidak merancang dan menyerahkan soal rezeki kepada Allah.

Tidak sah rasanya andai pasangan baharu berkahwin tidak merancang untuk berbulan madu. Pasangan ini bertuah kerana mendapat hadiah tajaan untuk menunaikan umrah Ramadan nanti. 

“Kebetulan saya menerima jemputan untuk menunaikan umrah sekali lagi. Jadi, kami anggap ini adalah hadiah bulan madu kami. Saya terkenang saat dilamar di sana, tak sangka kami dapat pergi semula ke sana,” kata Zulin.

Selain ke Tanah Suci, pasangan ini turut merancang untuk bercuti di Turki pada bulan hadapan jika tiada aral melintang. 

Tahniah diucapkan kepada Zulin dan pasangan. Selamat pengantin baharu, semogo mahligai yang dibina berkekalan hingga ke syurga. - Getaran, 21 Februari 2022.

Gambar: CST Production

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN