web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Demi Watak Dean Ilyas, Aaron Aziz Tonton 'Brokeback Mountain' 

Isteri Aaron, Diyana Halik adalah orang yang paling gembira apabila mendapat tahu dia bakal membawakan watak lelaki gay tersebut.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 2:29PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Demi menjayakan watak lelaki gay bernama Dean Ilyas yang cuba berubah dan berkahwin dengan seorang gadis dalam drama bersiri 'Suamiku Lelaki Pendosa', Datuk Aaron Aziz mengakui dia terpaksa melakukan kajian dengan menonton filem dan siri TV berkaitan pasangan gay. 

“Saya menonton filem Brokeback Mountain serta siri 'Brooklyn Nine-Nine' dan 'Modern Family' yang memiliki genre berbeza iaitu drama, jenayah dan komedi. 

“Semua itu saya lakukan untuk mengkaji bagaimana pasangan gay melafazkan perasaan cinta dan sayang mereka antara satu-sama lain. 

“Saya cuba menontonnya dan menerapkan di dalam minda. Memang ada yang klise tapi itulah realitinya kerana memang ada pasangan gay dan perkahwinan seperti ini. 

“Ini bukan sesuatu yang baharu berlaku dalam masyarakat kita. Ia sedang berlaku, telah pun berlaku dan akan berlaku,” katanya dalam wawancara mengenai drama bersiri, 'Suamiku Lelaki Pendosa' yang diadakan secara maya baru-baru ini. 

'Suamiku Lelaki Pendosa' terbitan Global Station Sdn Bhd yang merupakan adaptasi novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah telah mula ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3 sejak 9 Februari lalu. 

Drama bersiri 28 episod arahan Eyrah Rahman dan skrip Eenaz Mokhtar, Siti Jasmina dan Ctna Marzuki ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Sophia AlBarakbah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Anne Abdullah, Michael Lean dan Ungku Hariz. 

Aaron turut menjelaskan bahawa dia sudah banyak kali berlakon dalam drama bersiri terbitan Global Station, namun baru kali ini dia ditawarkan syarikat produksi tersebut untuk membawakan watak yang berani sebegitu dan berbeza. 

“Cabarannya adalah untuk membuat orang percaya bahawa saya tidak mencintai gadis yang akan saya kahwini, sekalipun dia sudah cukup sempurna dan cantik dan pada masa sama masih tertarik dengan bekas kekasih yang sejenis dengannya. 

“Babak yang cukup mencabar apabila membabitkan saya dan Gambit yang menjadi pasangan saya dalam drama ini. Bukan disebabkan soal pegang-pegang. 

“Tapi, bagaimana Gambit menerusi wataknya memberitahu bahawa dia menghidap HIV. Ia adalah babak yang cukup berat kerana kita perlu tunjukkan masih ada rasa sayang dan saling mengambil berat antara satu sama lain tetapi mahu berubah. 

“Satu lagi babak adalah apabila kita bergaduh hebat, ibarat suami isteri. Selalunya, perkara-perkara seperti ini, saya buat dengan pasangan lakon wanita, tapi kali ini dengan lelaki. Jadi, kita terpaksa menjayakan babak ini dengan sepenuh jiwa raga. Sebab hanya babak itu sahaja yang ada dalam keseluruhan drama bersiri. 

“Kalau kita tidak skor betul-betul, kita tidak ada peluang untuk tunjukkan kepada penonton, betapa sayang dan rindunya mereka di antara satu sama lain. Mereka betul-betul rindu, betul-betul mahu berubah tapi pada waktu yang sama sukar untuk melepaskan,” katanya lagi. 

Aaron juga memberitahu bahawa dia perlu memberikan kredit kepada Gambit yang menjadi pasangan songsangnya dalam drama bersiri tersebut. 

“Dalam pasangan gay, pasti ada seorang yang perlu menjadi maskulin dan seorang lagi feminin. 

“Saya bertuah kerana diberikan watak sebagai lelaki gay maskulin. Kalau bercakap bab lakonan, saya tidak mampu mencabar diri untuk membawa watak yang lebih feminin. 

“Gambit yang menjayakan watak gay yang feminin. Dia ada isteri sepanjang cerita ini dan setiap kali selesai membawakan babak kami bersama, kami akan ketawa,” katanya rancak bercerita. 

Jelas Aaron lagi, isterinya, Diyana Halik paling gembira apabila mendapat tahu dia bakal membawakan watak gay. 

“Dia juga paling tidak  sabar melihat lakonan saya dengan Gambit. Ini kerana dia sendiri tidak dapat bayangkan sama ada saya mampu melakukannya atau tidak. 

“Anak-anak saya juga tahu akan watak saya kali ini. Sewaktu menjayakan penggambaran drama bersiri ini, saya terlibat dengan sebuah penggambaran dengan produksi lain. 

“Mereka tanya saya, produksi mana yang akan saya jayakan. Gay atau polis? Anak-anak saya sangat terbuka dan mereka juga sudah tahu maksud perkataan gay. Dulu masa umur saya 13 tahun, saya tidak langsung apa itu gay. 

“Saya juga percaya, masyarakat juga sudah mula bersikap terbuka untuk menonton cerita seperti ini kerana mereka sudah biasa melihat lelaki lembut atau gay yang maskulin,” katanya. 

Mengenai Sophia AlBarakbah yang menjadi pasangan heroinnya dalam drama bersiri ini, Aaron mengakui sengaja bersikap dingin dan membina jurang buat pelakon wanita baharu itu untuk mendekatinya sewaktu berada di set lokasi. 

“Saya gunakan peluang itu untuk mencetuskan rasa janggal di antara kami berdua bagi menjayakan watak yang diberi. 

“Dia seorang pelakon baharu dan diberikan watak sangat berat. Ada masanya saya kasihan melihat dia kerana dia perlu menangis sebanyak tiga kali dalam satu hari dan ketiga-tiga tangisan itu pada tahap yang berbeza. 

“Semua berusaha memberikan sokongan kepadanya. Terutama pengarah dan kami memberikan masa dan ruang untuk dia membina watak dan benar-benar memberi. 

“Apa yang boleh saya katakan, menjayakan drama bersiri ini tidak mudah. Ia sukar buat pelakon mahu pun pasukan produksi sendiri. 

“Penonton mungkin akan terima atau mengecam dan akan timbul persoalan, adakah kita ini penyokong LGBT. Manakala pihak LGBT pula mungkin akan persoalkan, adakah kita ini sengaja mempermainkan mereka. Tetapi, cerita ini adalah adaptasi daripada sebuah novel dan kami semua hanya cuba menjayakannya,” katanya lagi. -  Getaran, 21 Februari 2021

Gambar: TV3, IG: Sophia AlBarakbah & Gambit Saifullah

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN