web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jenazah Pelakon, Pengarah Jit Murad Selamat Dikebumikan

Pelakon teater, pengarah dan penulis terkenal negara, Jit Murad disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung Sabtu lepas.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Feb 2022 5:48PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenazah Allahyarham Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad, 62, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara kira-kira pukul 3.15 petang ini.  

Pelakon teater, pengarah dan penulis terkenal negara itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung Sabtu lepas.

Adiknya, Noor Azhar Murad, 56, memberitahu bahawa beliau mengetahui berita tentang kematian abangnya itu daripada rakan-rakannya.

“Saya selalu juga berhubung dan berbalas mesej dengan arwah, tapi dia tidak menunjukkan apa-apa masalah dan berada dalam keadaan yang baik,” katanya ketika ditemui Bernama di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.

Noor Azhar turut memaklumkan proses untuk menguruskan jenazah mengambil masa agak lama ekoran situasi COVID-19 yang sedang melanda negara.

“Jenazah Allahyarham diuruskan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan melalui proses pemeriksaan ujian COVID-19 serta autopsi, tambahan pula arwah meninggal dunia pada hari minggu, sebab itu ia mengambil masa sedikit (urusan),” katanya.

Allahyarham Jit ditemui meninggal dunia oleh rakan-rakan di kediamannya di Bukit Damansara pada Sabtu pukul 2.15 petang, selepas usaha awal menghubunginya gagal.

Jit Murad merupakan anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor dan abang kepada penerbit filem Na'a Murad.

Allahyarham mula bergiat aktif dalam filem, televisyen dan teater pada 1987 dan antara filem yang pernah dibintanginya ialah Selubung, Mimpi Moon, Talentime dan 1957: Hati Malaya.

Allahyarham turut dikenali sebagai seorang penulis yang prolifik di Asia Tenggara selepas berjaya menghasilkan beberapa naskhah kontemporari yang pernah meraih anugerah termasuk di Anugerah Boh Cameronian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN