web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Lebih Bersedia” Yonnyboii Teruja Kali Pertama Ke AJL

Mengakui turut merasai tekanan menghitung hari ke malam kemuncak, penyanyi itu walau bagaimanapun sedang melakukan perbincangan rapi bersama pasukan untuk memberikan kejutan semasa persembahan nanti.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 2:56PM

Gambar Fail Getaran

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semestinya kehangatan dan debaran Anugerah Juara Lagu Ke-36 yang bakal berlangsung 6 Mac ini makin dirasai apalagi buat artis yang baru pertama kali membolosi pentas besar ini seperti Yonnyboii. 

Yonnyboii atau nama sebenar, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin layak ke AJL 36 menerusi lagu ciptaan dan nyanyiannya berjudul ‘Salahku’ yang memperoleh 16 juta tontonan di YouTube sejak ia mula dimuat naik pada tahun 2020.

Mengakui turut merasai tekanan menghitung hari ke malam kemuncak, penyanyi itu walau bagaimanapun sedang melakukan perbincangan rapi bersama pasukan untuk memberikan kejutan semasa persembahan di pentas mega itu nanti. 

“Agak tertekan juga. Panik apatah lagi. Saya percaya bukan hanya saya, tapi penyanyi lain juga turut merasai perasaan yang sama kerana ia pentas yang besar. 

“Sebelum ini saya pernah berada di pentas separuh akhir, walaupun ia tidak sebesar AJL namun pengalaman berada di situ membuatkan saya lebih bersedia tahun ini. 

“Tahun lepas saya masih sangat baru dan banyak benda yang saya belum tahu,” katanya ketika dihubungi Getaran melalui satu panggilan video dalam talian.

Gambar: Universal Music Malaysia
Gambar: Universal Music Malaysia

Bercerita lebih mengenai lagu ‘Salahku’ yang membawa penyanyi itu ke AJL buat pertama kalinya, Yonny menyifatkan kehadiran lagu itu sebenarnya suatu magis. 

Single yang dirakamkan pada tahun 2019 itu sebenarnya hanya disiapkan dalam tempoh setengah jam sahaja.

“Pada waktu itu saya akui memang banyak benda yang terjadi ketika bergelar anak seni di scene muzik bawah tanah. Semuanya saya pendam sehingga akhirnya saya menuliskan lagu ini.

“Saya tak sangka lagu ini akan hit kerana konsepnya macam lagu bercakap saja. Tapi nampaknya pendengar betul-betul hayati bait lirik yang saya tuliskan. 

“Tujuan saya menghasilkan muzik cuma satu iaitu ingin berkongsi apa yang saya rasa. Melihat kepada sokongan orang ramai kepada lagu ini, saya rasa hasrat saya sudah tercapai,” katanya yang juga merupakan artis kedua paling banyak didengari di Malaysia menerusi laman penstriman Spotify selepas Dato’ Seri Siti Nurhaliza tahun lalu.

Gambar Fail Getaran
Gambar Fail Getaran

Nama Yonny semakin mendapat perhatian apabila banyak lagu-lagu yang dihasilkannya menyentuh mengenai masalah kesihatan mental. 

Artis dari Setapak itu juga turut mengakui pengalaman lalu adalah penyumbang terbesar dalam karyanya hari ini.

Berdepan dengan masalah kesihatan mental sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang menyebabkan kelakuannya sedikit aneh, Yonny pernah dijauhi rakan-rakan dan sering menjadi tumpuan pembuli sejak zaman persekolahannya sehingga menyebabkan kemurungan.

“Muzik adalah coping mechanism yang membantu bila saya sedih dan gembira. Muzik adalah hidup saya. Ia meredakan segala tekanan dan membantu dari segi masalah kesejahteraan minda.

Anugerah Juara Lagu Ke-36 bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) dengan tema spektrum warna. 12 lagu bakal berentap untuk memperoleh gelaran juara seperti ‘Purnama’ nyanyian Naim Daniel, ‘Intan Payung’ nyanyian Bunga dan Noraniza Idris, ‘Mimpi’ nyanyian Haqiem Rusli, ‘Sepi’ nyanyian Aina Abdul dan lain-lain. - Getaran, 14 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Program Rancakkan MADANI Bermula Esok, Hadiah Isttimewa Menanti Pengunjung

3

Semasa 2 tahun yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN