web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Baru Melahirkan Bayi Lelaki, Neelofa Akui Terkesan Dengan Pemergian Rayan

Naluri seorang ibu yang baru sahaja melahirkan bayi lelaki, selebriti Noor Neelofa mengakui sangat terkesan dengan berita kematian Rayan Oram di Maghribi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Feb 2022 8:44AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemergian Rayan Oram, kanak-kanak dari Maghribi yang terjatuh dalam perigi sedalam 32 meter nyata mengundang sedih seluruh dunia. Tidak terkecuali, buat selebriti yang baru sahaja melahirkan anak lelaki, Noor Neelofa. 

Menerusi perkongsian Neelofa di Instastory, dia mengakui sebagai ibu yang baru melahirkan bayi lelaki, berita kematian adik Rayan sangat meruntun nuraninya.

“Sebagai seorang yang baru merasa menjadi seorang ibu kepada anak lelaki, saya sangat terpukul dengan berita ini sepanjang hari. Jadi sakit kepala bila lihat hantaran tentang Rayan.

“Tak sanggup, tak boleh bayangkan perasaan keluarga anak syurga ini. Semoga Allah mudahkan keluarganya untuk lalui ketentuan-Nya dan menanti Rayan di pintu syurga,” tulisnya.  

Tangkapan layar Instagram @neelofa
Tangkapan layar Instagram @neelofa

Berita mengenai Rayan yang berusia lima tahun itu mula mendapat perhatian  seluruh dunia selepas dia terjatuh dalam perigi di Ighrane, di kawasan pergunungan Rif, utara Maghribi pada Selasa lalu. 

Lebih menyayat hati apabila rakaman visual wajah Rayan didedahkan selepas pihak penyelamat berjaya memasukkan kamera serta menyalurkan bantuan oksigen serta air. 

Tetapi hanya selepas lima hari, baru Rayan berjaya dikeluarkan dari bawah tanah. Namun, Allah lebih menyayanginya apabila Rayan disahkan sudah meninggal dunia. 

Takziah diucapkan kepada keluarganya. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat adik Rayan. - Getaran, 7 Februari 2022

Gambar : Instagram 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Maghribi, Portugal, Sepanyol Calon Tunggal Anjur Piala Dunia 2030

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Maghribi: Iktibar Di Sebalik Musibah Gempa Bumi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN