web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usop Kini Sah Bergelar Suami Kepada Nur Fatihah

Penyanyi terkenal, Usop sah menjadi suami kepada gadis cantik berasal dari Pulau Pinang iaitu Nur Fatihah selepas diijabkabulkan pagi tadi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 2:05PM

Gambar: @kakiklikphotography

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya penyanyi popular, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim, 25 dengan hanya sekali lafaz pada jam 10 pagi tadi.

Majlis akad nikah itu telah diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Penaga, Pulau Pinang. 

Acara akad nikah disempurnakan oleh Ustaz Haji Harun Bin Idris (Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang),  berwalikan bapa kepada Nur Fatihah serta bersaksikan abang kepada Nur Fatihah dan bapa kepada Usop.

Majlis pernikahan ini menyaksikan hantaran sembilan dulang daripada pihak perempuan dibalas tujuh dulang daripada pihak lelaki, manakala mas kahwin sebanyak RM3,000 serta seutas gelang tangan diserahkan semasa acara batal air sembahyang.

Kedua dua mempelai kelihatan segak memakai busana tradisional berwarna putih gading dengan sulaman benang emas.

Majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam ini dan majlis resepsi  bagi pihak lelaki akan diadakan pada 13 Februari ini di Kulim, Kedah.

Menurut Usop, dia berharap agar peminat serta mereka yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagian dirinya dan Nur Fatihah sehingga ke anak cucu.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis  ini.

“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. 

“Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” katanya.

Menyentuh mengenai soal zuriat pula, kata Naib Juara Big Stage 2020 ini, dia dan isteri menyerahkan soal rezeki kepada Allah. 

“Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada Yang Maha Esa. Saya percaya masa yang tepat akan tiba. Tapi buat masa ini fokus kami berdua adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” katanya.

Tahniah diucapkan kepada Usop dan isteri. Selamat pengantin baharu dan semoga berbahagia hingga ke syurga. - Getaran, 4 Februari 2022

Gambar:  @kakiklikphotography

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Nabil Mentor Meninggal Dunia Pada Umur 37 Tahun

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

4

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN