web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tuah Adzmi Terpaksa Jual Kereta, Kerja Di Kilang Al-Quran

Peserta Big Stage 2022 iaitu Tuah Adzmi mengakui terpaksa menjual kereta kesayangannya kerana terjejas sewaktu PKP malah bekerja di kilang membuat al-Quran demi kelangsungan hidup.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 8:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dinafikan ramai terkesan tatkala seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu. Tidak terkecuali peserta Big Stage 2022 iaitu Tuah Adzmi yang turut terjejas  pendapatannya.

Menurut Tuah atau nama sebenarnya, Arumi Nafis bin Mohd Adzmi, 23, dia terpaksa menjual kereta kesayangannya iaitu Mini Cooper dengan harga RM18,000 kerana terputus punca pendapatan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama. 

“Enam bulan pertama PKP tu masih okay. Tetapi bila dah hampir setahun, duit simpanan pun hampir berkurang. Tawaran menyanyi memang tidak ada langsung. Jadi saya terpaksa jual kereta untuk teruskan hidup. 

Duit hasil saya jual kereta itu saya jadikan modal untuk berniaga Roti John sewaktu bulan Ramadan. Baru-baru ini saya ada keluarkan kemeja-T.

"Ttetapi tidak menjadi kerana mungkin waktu tidak sesuai berikutan orang ramai belum boleh keluar rumah atau ke tempat kerja. Jadi, orang lebih suka membeli makanan,” katanya. 

Sebagai anak tunggal yang dibesarkan oleh ibu tunggal, Tuah sudah terbiasa melakukan kerja-kerja berat sejak kecil bagi membantu ibunya. Malah, dia pernah bekerja sebagai buruh sewaktu berusia 16 tahun.

Menyedari tawaran menyanyi hampir sukar diterima, Tuah nekad untuk mencari kerja lain dan tidak malu untuk bekerja di kilang. 

“Baru-baru ini saya telah bekerja di sebuah kilang yang menghasilkan al-Quran. Sudah empat bulan saya bekerja di sana. Saya bekerja sebagai pembantu stor dimana tugas saya adalah di bahagian pembungkusan,” kongsinya.

Ditanya adakah dia pernah putus asa dengan kerjaya nyanyian sehingga membulatkan hati untuk bekerja di kilang, kata Tuah dia pernah terfikir untuk melupakan bidang nyanyian.

“Sejujurnya ada terlintas di hati. Saya sudah berada dalam industri muzik selama empat tahun. Pada ketika baru sahaja nak sampai ke tahap yang dimahukan, tiba-tiba saya jatuh. Semuanya gara-gara PKP. Memang saya jatuh terduduk.

"Ketika itu saya masih mengharapkan akan ada tawaran menyanyi. Saya tunggu selama setahun tetapi masih tiada tawaran. Saya memang rasa putus harap ketika itu sampai sudah tidak mahu jadi penyanyi lagi. Saya hanya mahu menjadi orang biasa, jadi saya mula cari kerja lain," luahnya.

Disebabkan Tuah terlibat dengan Big Stage yang bakal bermula Ahad ini, dia mengambil cuti buat sementara waktu. 

Bercerita lebih lanjut mengenai pembabitannya dalam Big Stage 2022, Tuah berkata sudah tiga kali dia mencuba nasib tetapi baru kali ini dirinya diterima untuk beraksi di pentas yang menjadi idaman setiap BBNU.

“Saya agak teruja dan gementar sebenarnya sebab sudah tiga kali saya cuba tetapi baru kali ini diterima. Alhamdulillah, setiap kali saya tak dapat, saya akan memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik. 

"Saya sudah menonton Big Stage dari musim pertama lagi malah pernah pergi ke studio untuk memberi sokongan kepada rakan saya.

"Saya pernah membayangkan diri saya berada di atas pentas Big Stage dan sejak hari itu saya tanam impian untuk berada di situ satu hari nanti. Alhamdulillah tahun ini saya dapat merasa,” ujarnya. 

Tahniah diucapkan kepada Tuah. Semoga keikhlasan Tuah dalam mencari rezeki dan membantu ibu dapat ganjaran berlipat kali ganda. Selamat beraksi di pentas Big Stage 2022! - Getaran, 4 Februari 2022. 

Foto : Instagram Tuah Adzmi

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN