web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kumpulan Nasyid  Mestica Gerun Dengan Hattan 

Mestica berbesar hati menjadi artis nasyid pertama berkolaborasi dengan Datuk Hattan menerusi lagu kerohanian. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 4:23PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan nasyid Mestica menganggap persetujuan penyanyi legenda Datuk Hattan untuk berkolaborasi dengan mereka menerusi single terbaharu berjudul 'Istikarah' adalah suatu penghormatan yang cukup besar. 

Mestica yang dianggotai Muhamad Razin Che Mud (Razin), Mohd Khairulnizam Zainol (Khairul) dan Khalil Khusairi  Tarmizi (Khalil)  juga tidak menyangka apabila menjadi artis nasyid pertama berkolaborasi dengan Hattan menerusi lagu kerohanian. 

Menurut Razin yang juga penggubah lagu 'Istikharah', mereka difahamkan sebelum ini Hattan tidak pernah terbabit dengan mana-mana produksi atau single bergenre nasyid. 

“Ini sememangnya suatu penghormatan buat kami. Bukan sahaja sudi menjayakan kolaborasi ini tetapi beliau juga menyanyikan lagu ciptaan Mestica sendiri. 

“Kolaborasi ini pastinya memberikan impak besar buat Mestica dan semua yang terbabit. Kami harap lagu ini akan mendapat sambutan yang cukup baik daripada peminat-peminat kami dan Datuk Hattan sendiri. 

“Dengan sambutan yang baik, Insya-Allah ia akan memberi motivasi kepada kami untuk terus berkarya dan meletakkan Mestica ke satu tahap baharu dalam industri muzik tempatan,” katanya. 

Razin bagaimanapun mengakui proses merakam suara 'Istikarah' bersama Hattan sangat mencabar. 

“Kami sudah lama tidak masuk studio, kemudian berduet pula dengan Datuk Hattan. Kami rasa segan dan gerun. 

“Maklumlah, Datuk Hattan adalah nama yang cukup besar dalam industri muzik kita dan kami sendiri membesar dengan lagu-lagu beliau. 

“Walaupun begitu, Alhamdulillah, segala cabaran berjaya ditempuh dan ditangani dengan baik oleh semua pihak yang terlibat dalam proses rakaman ini,” katanya lagi. 

Istikharah adalah ciptaan Razin manakala liriknya ditulis isterinya, Mass Mohamad. 

Sambung Razin lagi, dia mendapat idea untuk menghasilkan melodi lagu tersebut sewaktu pulang dari menyaksikan konsert Opick di Kuala Lumpur beberapa tahun dahulu. 

"Sewaktu memandu, tiba-tiba saya mendapat ilham melodi lagu ini dan saya padankan dengan lirik 'Istikharah' yang memang sudah sedia ada.  

“Subjek mengenai Istikharah memang jarang diketengahkan dalam lagu. Intipatinya merujuk kepada solat yang dilaksanakan oleh seorang Muslim ketika berada dalam persimpangan dilema untuk membuat keputusan.  

“Ia sinonim dalam masyarakat kita apabila mahu membuat pilihan yang tepat termasuk dalam mencari atau bertemu jodoh.  

“InsyaAllah, isi dan lagu ini saya kira sangat dekat di hati orang ramai dan semua akan melalui proses ini, sama ada berkaitan sola jodoh, kerjaya atau apa jua situasi,” katanya.

Sementara itu, Hattan pula menyifatkan 'Istikharah' sebagai karya yang menyuntik semangat dan menyemarakkan perjuangan. 

“Saya ‘salute’ apa yang Mestica cuba buat dan menyokong penuh single baharu mereka ini. 

“Saya hanya dijemput sebagai penyanyi. Jadi, bahagian penulisan dan mengenai penceritaan lagu semua saya serahkan sepenuhnya kepada Mestica.

“Proses rakaman berjalan lancar dengan bantuan pakar nasyid kita iaitu Daqmie. Ia memudahkan kerana saya tidak pernah buat rakaman nasyid sebelum ini,” katanya.

Mestica yang ditubuhkan pada 2003 antara kumpulan nasyid yang menjadi kegilaan pelajar universiti dan peminat irama itu dengan deretan lagu popular mereka.

Selepas kali terakhir muncul dengan album Projek Palestin - Satu Misi Kemenangan bersama beberapa penyanyi nasyid lain pada 2013, tahun ini Mestica kembali dengan mempertaruhkan 'Istikharah'. 

'Istikharah' merupakan kerjasama pertama Bepositive Music dan Masyhur serta diedarkan Universal Music Malaysia. Ia telah pun diluncurkan di semua pelantar muzik digital pada 28 Januari lalu. - Getaran, 2 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Hattan Didakwa Malukan Wartawan: ‘Biar Betul Datuk Tak Tahu Temu Bual Live?’

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Giliran Hattan Pula Disekolahkan Netizen, ‘Makin Tua Patutnya Makin Matang…’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Hattan Digesa Mohon Maaf, Beliau Tidak Profesional, Hina Tugas Kewartawanan’ - GKMM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Hattan Diminta Mohon Maaf, ‘Jangan Hina Wartawan, Boleh Sahaja Bersikap Profesional, Sopan’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN