web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


"Saya Mahu Jadi Seperti Mama, Sentiasa Bertahan Dalam Industri" - Kilafairy

Kilafairy juga akui bahawa kehadiran penyanyi Ziana Zain yang membawakan watak sebagai ibunya sangat memberikan impak kepada lakonannya kali ini.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 4:49PM

Gambar Fail, Mohd Azim Abd Rahman

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penyanyi, Syakila Nisa Jahangir Khan atau Kilafairy, 29, mengakui tidak berasa tergugat dengan kehadiran ramai pelakon baharu dalam industri perfileman. 

“Bagi saya itu adalah suatu lumrah dalam industri, ramai pelapis yang akan muncul dan saya sama sekali tidak punya masalah tentang hal tersebut. 

“Tapi, dari dahulu lagi, saya memang tidak pernah rancang atau simpan impian untuk menjadi popular. 

“Saya mahu ikut jejak langkah mama (Rohana Jalil). Dia sentiasa ada dan bertahan di dalam industri. Begitu juga dengan kawan-kawannya yang lain. Saya juga mahu nama saya bertahan di dalam industri,” katanya pada sidang media drama bersiri ‘Tumpang Lalu Bang’ secara maya baru-baru ini. 

Kilafairy juga akui sejak berhijab pada pertengahan tahun lalu, dia memang agak memilih untuk membawakan watak di dalam drama-drama yang dibintanginya. 

“Bila saya ditawarkan untuk membintangi drama bersiri ‘Tumpang Lalu Bang’, saya terkejut apabila diberitahu bahawa saya menjadi adik bongsu kepada enam beradik dan kelima-lima adik-beradik saya yang lain adalah lelaki. 

“Saya terfikir bagaimana kalau ada babak yang menunjukkan kemesraan adik-beradik ini nanti terutama babak yang memerlukan saya memegang atau memeluk abang-abang saya. 

“Tapi, Alhamdulillah, pengarah dan pembntu pengarah seakan memahami kedudukan saya dan mereka sendiri tahu apa yang perlu dilakukan untuk babak yang memerlukan saya atau abang-abang saya berbuat begitu,” katanya. 

"Malah ada babak di mana watak saya jatuh ke dalam kolam renang dan diselamatkan oleh watak yang dimainkan Tomok, namun kerana saya meminta pihak penerbitan menghormati keputusan saya untuk tidak dipegang atau disentuh oleh pelakon lelaki, mereka telah menggunakan pelakon lain untuk menggantikan saya tika itu," jelasnya lagi.  

‘Tumpang Lalu Bang’ adalah drama bersiri 28 episod terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Eon Shuhaimi. 

Selain Kilafairy, drama ini turut dijayakan Tomok, Black Hanifah, Aidil Aziz, Afzan A Rahman, Raja Afiq, Danial Dashuki, Ziana Zain dan Qi Razali. 

Menjelaskan tentang wataknya sebagai Sofiah dalam drama bersiri ini, Kilafairy menjelaskan bahawa Sofiah anak bongsu daripada enam beradik yang sukar mempercayai lelaki. 

“Tapi, akhirnya dia terpikat dengan seorang pemuda bernama Nizam (Tomok). Namun, dia memiliki lima abang yang bersikap terlalu melindungi dirinya. Begitu juga dengan ibunya sehingga ia menggugat rasa percayanya terhadap Nizam. 

“Saya seronok berlakon dalam drama bersiri ini. Setiap momen juga seronok sebab kami bebas untuk melakukan improvisasi terhadap dialog kami. Jadi, ia nampak natural. 

“Dalam drama bersiri ini, Ziana Zain menjadi ibu saya. Dia berjaya memberi impak dalam drama bersiri ini. 

“Banyak momen yang menarik antara saya dengan Ziana. Dari segi paras rupa, dia juga memang sesuai jadi ibu saya,” katanya. 

‘Tumpang Lalu Bang’ mengisahkan Nizam (Tomok) jatuh cinta pandangan pertama apabila bertemu Sofiah (Kilafairy). Pada awalnya Sofiah tidak mengendahkan Nizam kerana dia berpegang kepada prinsip hanya akan melayan bakal imam yang sempurna di matanya dan juga keluarganya.

Kesungguhan Nizam bagaimanapun berjaya membuka pintu hati Sofiah untuk menerimanya. Dan, bermulalah cabaran apabila Nizam perlu mendapatkan restu keluarga Sofiah. 

Ibu bapa Sofiah tidak memandang harta benda sebaliknya mereka menetapkan syarat Nizam perlu mendapatkan restu lima abang Sofiah iaitu Sufian lakonan Aidil Aziz, Sobri (Black Hanifah), Syahrin (Raja Afiq), Syamil (Afzan A. Rahman) dan Shuib (Danial Dashuki).

Nizam berdepan jalan sukar apabila kelima-lima bakal iparnya itu bersikap terlalu melindungi adik kesayangan mereka. Dia juga terpaksa bersabar apabila teruk dibuli lima jejaka itu.

Drama bersiri ‘Tumpang Lalu Bang’ ini akan bersiaran bermula 2 Februari ini menerusi slot Diandra, setiap Isnin hingga Khamis jam 8.30 malam. - Getaran, 1 Februari 2022

Gambar: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Impak Maksima! Ziana Zain Kekal Unggul, Pukau 5,000 Peminat Dengan 20 Lagu Hits

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ziana Zain Dilantik Sebagai Duta Akademi Perunding Kewangan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN