web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiket ‘Mini Showcase’ Dolla Laris Bak Pisang Goreng Panas!

Kumpulan popular, Dolla teruja kerana akhirnya dapat membuat persembahan dan bertemu peminat secara fizikal sejak memulakan debut mereka ketika PKP pertama. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 9:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dinafikan, populariti kumpulan Dolla yang dianggotai empat gadis cantik ini amat luar biasa. Buktinya, mereka berjaya memenangi anugerah Artis Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 pada tahun lalu. 

Dengan penampilan muzik dan gaya persembahan yang tersendiri kumpulan ini telah meraih pelbagai  kejayaan, termasuk  menjadi  kumpulan  nyanyian  wanita  pertama  yang  muncul  di papan iklan digital di New York Times Square, Amerika Syarikat.

Kini, mereka bakal tampil dengan pertunjukan khas iaitu ‘Dolla Mini Showcase’ yang bakal berlangsung di Nero Event Space, PJPAC, 1Utama pada 19 Februari 2022, jam 8 malam. 

Malah, tiket yang dijual pada harga RM35 (tiket terhad) dan RM55 (berserta sesi ramah mesra atau ‘meet and greet’) telah pun habis dijual lima minit selepas diumumkan pada jam 12 tengah hari 30 Januari lalu.

“Kami berasa sangat gembira kerana akhirnya  diberi  peluang  membuat  pertunjukan untuk para iDolla kami. Lagipun, kamilah puteri-puteri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana  muncul ketika ia dilaksanakan. Jadi, peluang ini sangat berharga buat kami,” jelas Angel.

Menurut Syasya, idea untuk mengadakan persembahan ini datang dari syarikat rakaman mereka, Universal Music Malaysia.

“Idea ini memang bagus kerana kami tak pernah bertemu peminat setia yang dikenali sebagai iDolla secara langsung. Gara-gara muncul sewaktu PKP, kami hanya  dapat  berinteraksi  di  alam  maya.  Jadi showcase ini  satu  peluang  untuk mendekati mereka dan berinteraksi secara langsung,” ujarnya. 

Selain persembahan dalam beberapa  versi  serta  mutu  vokal  yang  dipertingkatkan, terdapat beberapa kejutan lain yang bakal dipertontonkan.

“Ada banyak kejutan yang akan kami tampilkan  namun  ia perlu dirahsiakan untuk memastika ia-ia benar istimewa. Jadi, nantikan malam persembahan nanti," jelas Tabby.

Angel yang berharap tiket persembahan habis dijual secepat mungkin sangat teruja mendengar khabar gembira itu.

"Kami benar-benar terkejut dan tidak menyangka tiket laku dan habis dengan begitu cepat. Jadi, kami harap para peminat khususnya iDolla akan menikmati malam tersebut saat melihat kami membuat persembahan secara langsung buat pertama kalinya.

"Kami juga tak sabar nak berjumpa dengan peminat,” ujar Angel menutup bicara. - Getaran, 1 Februari  2022.

Gambar: Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

2

Muzik 2 tahun yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Kutipan AS$10,904,369 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi RM300 Untuk Tiket Penerbangan Mahasiswa IPTA - Loke

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN