web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Neelofa Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa selamat lahirkan bayi sulung pada 29 Januari lalu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 11:20AM

Gambar: Shawn Amer dan Instagram @neelofa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa, 33, telah selamat melahirkan bayi sulungnya pada Sabtu, 29 Januari 2022. 

Berita gembira ini telah dikongsikan dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di akaun Facebook Neelofa.

“Assalamualaikum. Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara. Terima kasih,” tulis suami Neelofa, PU Riz dalam kenyataan itu.

Baru sebentar tadi pasangan ini kongsikan nama bayi sulung mereka, Muhammad Bilal bin Muhammad Haris.

Neelofa dan PU Riz telah berkahwin pada 27 Mac 2021. Di awal kehamilan, Neelofa cuba mengunci mulut mengenai dirinya yang sedang berbadan dua. Namun netizen sudah dapat meneka kerana perutnya mula kelihatan semakin membesar. 

Tahniah diucapkan kepada Neelofa dan PU Riz. Semoga ibu dan anak kedua-duanya berada dalam keadaan yang sihat. Selamat berpantang buat Neelofa. - Getaran, 31 Januari 2022

Gambar : Shawn Amer

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Berpurdah Dan Berbadan Dua Bukan Penghalang Buat Neelofa Disunting Menjadi Model Jenama Mewah Antarabangsa

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bayi Lelaki Ditemukan Di Kondo Rakyat Kuala Ibai

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN