web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terjejas Dek Pandemik, Karen Kong Jual Durian Di Hong Kong

11 tahun menetap di Hong Kong dengan harapan dapat menakluk industri hiburan di sana, laluan Karen Kong tidak semudah disangka. Dia pernah bekerja di pejabat dan kini menjual durian dari Malaysia.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 8:29AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi berbangsa Cina yang pernah popular dengan lagu ‘Cinta Hello Kitty’ iaitu Karen Kong sudah 11 tahun menetap di Hong Kong dan berkahwin dengan jejaka di sana. 

Namun, Karen mengakui kehidupannya di Hong Kong tidak semudah disangka malah dia pernah bekerja sebagai pekerja pejabat sebelum benar-benar berjaya menempatkan diri di sana. 

“Saya pernah tidak ada pendapatan sewaktu berada di sana. Ketika itu saya terpaksa bekerja di pejabat. Susah untuk terima realiti tetapi saya tidak boleh buat apa kerana kos sara hidup di sana sangat tinggi,” katanya sewaktu ditemui di majlis tayangan perdana filem Nasi Lemak 1.0.

Katanya lagi, sepanjang 11 tahun dia bertukar ganti kerja demi kelangsungan hidup di bumi Hong Kong. 

“Saya sangat susah hati kerana betul-betul suka menyanyi. Saya sangat rindukan Malaysia dan rindu nak menyanyi lagu Melayu tetapi terpaksa bersabar sehinggalah tahun lepas barulah ada sinar dalam kerjaya seni saya. 

"Saya telah menerima anugerah Artis Paling Banyak Peningkatan dari sebuah stesen radio. Kesabaran saya akhirnya berbalas,” kongsinya.

Kini, selepas segalanya stabil, Karen mengusahakan bisnes kafe bersama suami tercinta di Hong Kong. 

“Suami saya merupakan pendandan rambut. Jadi, kami buka kafe yang digabungkan dengan salun. Jadi, pelanggan boleh dandan rambut sambil menikmati kopi atau makan-makan,” jelasnya. 

Lumrah menjadi anak Malaysia, Karen memperkenalkan makanan tempatan untuk dijual di kafenya. 

“Bila difikirkan, saya mesti lakukan sesuatu yang ikonik dari Malaysia untuk diperkenalkan di Hong Kong. Jadi saya masukkan laksa dalam menu. Tak sangka ramai menggemarinya," katanya.  

Bukan itu sahaja, Karen turut menjual durian yang dibawa khas dari Malaysia. 

“Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, tawaran menyanyi pun kurang. Jadi, saya jual durian setiap kali tiba musim raja buah ini. Ada dari Bentong Pahang dan ada juga dari Pulau Pinang. Saya ambil pesanan melalui ‘Google Form’ dan sambutannya di luar jangkaan. Saya agak terkejut orang Hong Kong sangat suka makan durian dari Malaysia,” ujarnya. 

Mengulas perkembangan terkini karier seni, Karen membintangi filem terbaru berjudul Nasi Lemak 1.0 arahan pengarah kontroversi Namewee yang ditayangkan di Malaysia sempena Tahun Baharu Cina. Turut membintangi filem itu ialah Saiful Apek, Datuk AC Mizal dan Wak Doyok. - Getaran, 31 Januari 2022

Gambar: Helmi Anuar (menggunakan Samsung Galaxy A52s 5G)

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN