web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Dah Lama Tak Hentam Kerajaan,” Namron 

Pelakon itu dipanggil ke balai untuk membantu siasatan kes di bawah seksyen 504 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 8:22PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berikutan sebuah hantaran di laman sosial, pelakon dan pengarah terkenal, Namron telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang semalam.

Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan ketika dihubungi Getaran berkata, pihak polis telah menerima laporan daripada seorang orang awam yang mengatakan terdapat unsur hasutan di hantaran Instagram miliknya.

Namron kemudian hadir ke balai bersama peguamnya, Yohendra bagi memberikan kerjasama penuh. Pelakon itu disiasat di bawah seksyen 504 dan 233 Akta Komunikasi dan multimedia.

“Proses ambil keterangan itu tidak lama. Kurang dari satu jam. Katanya ada orang buat laporan bahawa terdapat hantaran saya di Instagram yang mempunyai unsur hasutan. 

“Kalau nak diikutkan, hantaran itu memang tidak ada apa-apa unsur hasutan pun. Saya hanya minta semua untuk fokus perkara yang lebih besar iaitu masyarakat Malaysia. 

“Zaman 2017 dulu mungkin saya agak lantang untuk hentam kerajaan. Kini tidak lagi. Saya pun sudah tidak lagi memperkatakan isu politik di media sosial,” katanya kepada Getaran.

Namron mengakui walaupun hadir untuk memberi keterangan, dia terpaksa menunda banyak pekerjaan untuk itu. 

“Apa yang saya ralat ialah masa saya terbuang untuk ke Kajang. Saya pula perlu memberi keterangan dan mengganti kad sim kerana telefon saya digunakan untuk siasatan.

“Mungkin ada yang tak puas hati dengan saya sebab hantaran itu. Mungkin hati dia sakit. Jadi bila dia buat laporan, hati dia akan lega sikit,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Namron sibuk menjalani latihan filem terbaharu bertajuk Eraser yang bakal memulakan penggambaran 19 Februari nanti. - Getaran, 28 Januari 2022

Gambar: Instagram @_nam_ron_

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN