web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ziha Tidak Tergugat Dengan BBNU, Tampil Dengan Lagu Pop Tradisional 

Muncul dengan single terbaharu berjudul 'Adat Kasih', Ziha akui irama tradisional cukup dekat dengan jiwanya. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 7:45PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hampir empat tahun lamanya, penyanyi dengan pelakon Ziha Salleh memperlahan kerjaya seninya untuk memberikan tumpuan terhadap anak-anaknya yang masih kecil. 

Namun, tatkala sibuk menguruskan hal rumah tangga dan keluarga, rupa-rupanya Ziha atau nama sebenarnya Nor Aziha Md Salleh yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 14 dalam diam menyiapkan single keduanya tahun lalu.

Selepas setahun merahsiakan rencananya itu, Ziha akhirnya muncul dengan single berkonsepkan pop tradisional berjudul 'Adat Kasih'.

Menurut Ziha, dia sengaja merahsiakan kemunculan single terbaharunya itu daripada  pengetahuan sesiapa kecuali ahli keluarga terdekat sahaja.

Memilih irama pop tradisional sebagai taruhan terbaharunya, Ziha berkata pendedahan awal dan latar belakang keluarga yang meminati lagu irama tradisional dan zapin menjadi faktor dia memilih lagu konsep itu.

“Irama tradisional cukup dekat dengan jiwa kerana saya dilahirkan di Johor Bahru. Latar belakang keluarga yang menggemari irama tradisional dan zapin turut menyuntik minat saya terhadap irama tradisional sejak kecil lagi.

“Namun, bagi membolehkan 'Adat Kasih' diterima ramai dan bersesuaian dengan cita rasa pendengar masa kini, saya mengambil langkah menggabungkan elemen pop bersama tradisional. 

“Saya tahu bukan mudah untuk mendapatkan lagu yang bersesuaian, oleh itu saya dan suami mengkaji betul-betul selama dua tahun sebelum lahirnya single ini. 

“Kami memilih Aubrey Suwito sebagai komposer kerana yakin dengan kredibiliti dan juga kemampuannya. Pengalamannya banyak kali bekerjasama dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga membuatkan kami yakin Aubrey mampu memberi apa yang terbaik,” kata Ziha.

Menurut Ziha lagi, sebelum Aubrey menghasilkan lagu buatnya, mereka terlebih dahulu berjumpa bagi membincangkan konsep lagu serta rujukan muzik yang bersesuaian.

“Ketika Aubrey memperdengarkan demo 'Adat Kasih' buat pertama kali, saya terus berkenan. Dia tahu apa yang saya mahukan dan auranya sampai.

“Kami mengambil sedikit masa untuk membuat ‘arrangement’ bersesuaian dengan saya. Setelah berpuas hati, barulah proses rakaman dijalankan. Proses rakaman dibuat di Cranky Studios hanya mengambil masa sehari sahaja,” katanya yang turut mengikuti kelas vokal selama empat minggu sebelum proses rakamam bagi menjaga kualiti suaranya..

Dia juga enggan mengulangi kesilapannya sewaktu tampil dengan single pertama, 'Takkah Ini Cinta' kira-kira empat tahun lalu.

Kata Ziha, ketika itu dia terburu-buru ingin memiliki single pertama tanpa mempedulikan sama ada dia sudah bersedia ataupun tidak.

“Waktu itu saya rasakan saya sudah cukup bersedia, sedangkan saya sebenarnya belum cukup bersedia dari segi nyanyian dan publisiti. 

"Dengan keadaan semasa yang tidak menyebelahi saya pada ketika itu, saya keluarkan juga single itu kerana selepas AF (Akademi Fantasia) tamat, saya lebih banyak berlakon sehingga orang lupa yang saya juga sebenarnya penyanyi.

“Jadi kali ini saya tidak mahu terburu-buru lagi. Sebagai persediaan, saya  turut mengikuti kelas vokal intensif selama empat minggu bersama puan Faezah daripada Fakulti Muzik UiTM Shah Alam. Banyak teknik nyanyian yang betul saya pelajari daripada beliau,” katanya.

Ditanya tidakkah dia bimbang berdepan persaingan daripada artis BBNU yang lebih dikenali serta memiliki banyak lagu popular dan sohor kini, penyanyi berusia 27 tahun itu berkata, setiap penyanyi mempunyai sasaran tersendiri.

Katanya, dia mensasarkan peminat yang memiliki hati dan jiwa terhadap alunan muzik irama tradisional seperti dirinya.

“Saya tidak takut bersaing kerana setiap penyanyi mempunyai sasaran pendengar yang diinginkan. Sasaran saya adalah mereka yang ada hati dan jiwa pada irama muzik tradisional. 

“Tapi bagi membolehkan lagu saya diterima, saya menyuntik irama pop dan tradisional sebagai pengenalan. Mungkin selepas ini, andai ada rezeki lagi untuk merakamkan single, saya akan memperkenalkan irama tradisional sepenuhnya pula,” katanya lagi. 

'Adat Kasih' dilancarkan di semua platform digital bermula 21 Januari lalu. Muzik video lagu itu juga akan dilancarkan pada tarikh sama dan boleh ditonton di saluran Cranky Music. - Getaran, 28 Januari 2022

Gambar: Cranky Music 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN