web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Selesa Atas Katil Sendirian”- Zizan Razak  

Sering kali diaju soalan tentang jodoh, pelawak terkenal Zizan Razak akui pernah merancang untuk menamatkan zaman bujang sewaktu berusia 25 tahun. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 3:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jodoh dan ajal semuanya sudah tertulis, kita hanya mampu merancang tetapi tuhan menentukan. Itulah yang berlaku kepada pelawak terkenal, Zizan Razak yang masih menanti jodoh di usia 38 tahun.

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan bin Abdul Razak, dia sebenarnya pernah merancang untuk menamatkan zaman bujang pada usia 25 tahun, namun sasarannya itu tidak menjadi kenyataan.

“Saya pernah cuba untuk kahwin sebelum ini tetapi tidak menjadi. Saya anggap itu kerja Allah. Jika Allah tidak mengizinkan takkan saya nak marah Allah, salahkan takdir dan mengamuk. Tiada guna saya lakukan semua itu.

"Bila tak jadi kahwin, saya teruskan dengan perjalanan karier saya dan perniagaan. Saya nampak laluan ke arah itu lebih berjaya. Jadi saya fikir, jika Allah belum beri rezeki jodoh untuk saya, Allah beri rezeki karier dan perniagaan.

"Jadi tiada sebab untuk saya nak rasa tidak mahu bersyukur,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media telefilem Rompak. 

Melihatkan kisah percintaannya sebelum ini banyak yang kecundang di tengah jalan sehingga ada yang menganggap anak kelahiran Terengganu ini tidak serius dalam urusan mendirikan rumah tangga. Namun, Zizan menyangkal dakwaan berkenaan.

“Habis tu kau ingat selama ni aku bercinta main-main? Sampai satu tahap saya fikir kalau tak ada jodoh nak buat macam mana. Kalau ada jodoh dengan siapa-siapa pun saya tak kisah. Saya pun selesa atas katil sendirian sekarang. Saya terfikir juga kalau kahwin nanti nak kena kongsi bilik,” jawabnya sambil bercanda. 

Ditanya adakah dia sudah serik untuk menjalin hubungan cinta dengan wanita bergelar selebriti, kata pelakon filem Abang Long Fadil ini dia tidak kisah dengan siapa pun jodohnya.

“Saya tak kisah. Ada juga yang berkata kepada saya jangan cari jodoh dalam kalangan artis. Hina sangatkah artis sampai saya tak boleh nak kahwin dengan dia? Dia pun manusia.

"Walau seteruk mana pun seseorang itu, kita tak tahu pengakhirannya macam mana. Jangan menegur orang seperti kita tidak pernah buat dosa,” katanya. 

Mengulas perkembangan terkini, selain bakal muncul dengan program The Masked Singer Malaysia musim kedua, Zizan juga bakal menjalani penggambaran super telefilem berjudul Rompak dimana dia membawakan watak utama sebagai mangsa penipuan. Turut membintangi super telefilem berkenaan ialah Daiyan Trisha, MK K-Clique, Chubb E dan Siti Khadijah Halim. - Getaran, 28 Januari 2022

Gambar: Instagram

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

Pembatalan Permit Persembahan Sharul Channa Ambil Kira Laporan Polis Video Berkait Isu 3R

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

4

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN