web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Silap Mata Andrew Lee Menyerlah Di Amerika Syarikat

Ahli silap mata terkemuka Malaysia Andrew Lee membuat penampilan pertamanya dalam rancangan televisyen Amerika Syarikat (AS) Go-Big Show musim kedua pada 13 Jan lepas.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 5:45PM

Gambar: Twitter @andrewleemagic

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ahli silap mata terkemuka Malaysia Andrew Lee membuat penampilan pertamanya dalam rancangan televisyen Amerika Syarikat (AS) Go-Big Show musim kedua pada 13 Jan lepas, dengan melakukan aksi membaling pisau sambil mata tertutup.

Persembahan ini menyaksikan Lee membaling pisau ke atas papan yang digantung pada leher penyanyi rap AS, T-Pain dengan bantuan penyanyi Nettles yang juga juri rancangan terbitan rangkaian TBS itu bersama pelakon wanita Rosario Dawson dan ahli gusti Cory Rhodes.

Persembahan oleh ahli silap mata negara itu mendapat perhatian para juri yang membolehkannya menduduki ranking teratas mengatasi pesaing terdekatnya Joe White dengan aksi membaling kapak, sekali gus membolehkan Lee mara ke pusingan seterusnya.

Lee dalam kenyataan berkata sebelum menerima jemputan sebagai 20 peserta rancangan Go-Big Show, beliau telah melakukan pertunjukan silap mata secara dalam talian berikutan penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan semua pertunjukan secara bersemuka dibatalkan.

“Saya gembira kerana berjaya melakukan lebih 650 pertunjukan menerusi Zoom dan menjalankan persembahan secara maya untuk menceriakan kakitangan dalam kalangan pelanggan korporat antarabangsa.

“Dengan persembahan dalam talian, saya kini boleh boleh menikmati kedua-duanya dengan melakukan persembahan sama ada secara bersemuka atau secara maya di mana-mana sahaja melalui studio bergerak saya,” katanya.

Setelah sekatan perjalanan susulan COVID-19 ditarik balik, Lee sudah mendapat tempahan pertunjukan silap mata untuk beberapa kapal cruise seperti Viking dan Norwegian Cruisers Liners yang memberi peluangnya belajar dari Lautan Pasifik dan Atlantik dan beliau sangat teruja kerana bakat rakyat Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Kadang-kadang perkara paling menakutkan bukan kekurangan peluang tapi kesediaan kita untuk mengambil peluang dan meletakkan diri kita di sana. Jangan risau tentang orang akan mengkritik kita, pilih untuk fokus pada hadapan kita sendiri daripada ketakutan kita,” kata pengurus Lee, Cindy Teh yang juga rakan kongsinya selama enam tahun itu.

Kata-kata ini adalah peringatan berterusan dan dengan berpegang kepada peringatan ini, Lee kini mempunyai senarai tempahan pertunjukan termasuk untuk tahun depan di atas kapal pelayaran di AS, Alaska, Mexico, Amerika Selatan dan Asia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN