web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penyanyi Meat Loaf Meninggal Dunia

Penyanyi rock ternama, Meat Loaf, telah meninggal dunia pada usia 74 tahun. Bintang itu terkenal dengan lagu ‘I'd Do Anything for Love (But I Won't Do That)’.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 8:31PM

Meat Loaf pada tahun 2006. Gambar: Ted Aljibe/AFP

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi rock ternama, Meat Loaf telah meninggal dunia pada usia 74 tahun. Karyanya yang paling disebut-sebut ramai ialah trilogi Bat Out Of Hell, yang sebenarnya antara album yang memegang rekod jualan terbaik sepanjang zaman. 

Berita kematian itu telah diumumkan oleh ahli keluarganya menerusi laman Facebook bintang tersebut.

“Dengan berat hati kami mengumumkan bahawa bahawa Meat Loaf yang tiada galang gantinya telah meninggal dunia malam tadi di sisi isterinya, Deborah. 

“Anak perempuannya, Pearl dan Amanda serta beberapa rakan terdekat juga berada di sisinya sepanjang 24 jam. 

“Kami tahu betapa bermaknanya dia kepada semua dan kami sangat menghargai segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan pada saat ini. Kita semua bersedih kerana kehilangan seorang artis berbakat dan insan yang baik,” memetik posting tersebut. 

Bintang yang telah berjaya menjual 100 juta album di seluruh dunia itu juga pernah muncul dalam beberapa siri TV dan filem seperti Fight Club, the Rocky Horror Picture Show dan Wayne's World.

Kelahiran Dallas, Meat Loaf atau nama sebenarnya Marvin Lee Aday yang juga dikenali sebagai Michael, terkenal dengan lagu-lagu seperti ‘Paradise by the Dashboard Light’ (1977), ‘I'm Gonna Love Her for Both of Us’ (1981) dan ‘I'd Do Anything for Love (But I Won't Do That)’ (1993).

Namun, di sebalik kejayaan Bat Out Of Hell yang pertama, dia tidak pernah mendapat sesen pun royalti daripada jualan album tersebut dan diisytiharkan muflis.

Namun, dia bangkit semula menerusi album Bat Out Of Hell kedua pada tahun 1990-an dan album itu mengandungi lagu yang cukup digemari sepanjang zaman iaitu ‘I Will Do Anything For Love.(But I Won't Do That)’. 

Hingga saat ini, Bat Out Of Hell masih lagi kekal menjadi salah sebuah album Top 10 yang meraih jualan terbanyak, sebaris dengan album yang dihasilkan Michael Jackson, Whitney Houston dan The Eagles. - Getaran, 21 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN