web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Naim Daniel Lapor Polis, Minta Penyebar Fitnah Belajar Jadi Manusia!

Naim Daniel telah membuat laporan polis sebagai suatu usaha untuk melindungi dirinya daripada berterusan difitnah serta memberi pengajaran terhadap pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Jan 2022 10:34AM

Gambar: Instagram @naimdanielx

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isu iluminati dan upacara 'soul scalping' yang dikaitkan dengan penyanyi Naim Daniel masih lagi perkatakan segelintir netizen. 

Lebam di mata Naim telah membangkitkan spekulasi dalam kalangan pengikut teori konspirasi di akaun Instagram Ilmu Eskatologi (@ilmu.eskatologi) yang mengatakan itu adalah perbuatan ‘soul scalping’ .

Namun sebenarnya, pelantun lagu 'Sumpah' ini mengalami kecederaan semasa bermain papan luncur (skateboard) di Shah Alam. Bukan hanya lebam mata, dia juga cedera di tangan kiri dan luka ringan di muka.

Logo di topi Naim yang dimuat naik di Instagram Story miliknya juga dijadikan sebagai bahan untuk menguatkan lagi konspirasi mereka sebagai pengikut dajjal.

Berikutan hal yang dilihat semakin serius, pemenang Anugerah Juara Lagu ini memutuskan untuk membuat laporan polis di atas tuduhan yang agak berat sehingga menjejaskan reputasi serta menyebabkan fitnah yang berlarutan daripada pengikut-pengikut akaun Ilmu Eskatologi itu.

Naim Daniel yang bernaung di bawah label World Peace Entertainment Sdn. Bhd. berkata, dia membuat laporan polis itu sebagai suatu usaha untuk melindungi dirinya daripada berterusan difitnah serta memberi pengajaran terhadap pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.

“Bila perkara ini sudah jadi fitnah, ia boleh menjejaskan banyak benda terutama dari sudut mental, kerjaya, reputasi dan maruah saya.  

“Saya kena buat laporan polis untuk menjernihkan dan menjelaskan keadaan. Fitnah ini turut menjejaskan reputasi dan maruah saya kerana ia bermain dengan tanggapan dan persepsi orang terhadap diri saya. 

“Saya tidak pasti lagi apakah tindakan susulan yang akan saya lakukan selepas ini. Kalau hendak diikutkan sangat kecil sebenarnya untuk saya membuat laporan polis tentang perkara sebegini. 

Gambar: World Peace Entertainment Sdn. Bhd.
Gambar: World Peace Entertainment Sdn. Bhd.

“Lagipun, ini pertama kali saya buat laporan polis. Tapi, untuk memberikan pengajaran, saya terpaksa lakukan. Kita akan tengok apa tindakan susulan selepas ini. Kita bergerak dengan laporan polis dahulu,” katanya kepada Getaran.

Menurut Naim Daniel lagi, pada zaman ini, memang semua orang hidup di hujung jari dan banyak perkara baik atau buruk mudah diakses, dimuat naik serta diviralkan. 

“Tapi, pada waktu yang sama kita juga harus menjaga etika kita dalam menggunakan media sosial. Memang kita rasa kita hanya menaip dan post tapi kita tak sedar dan faham implikasi terhadap orang yang terima tohmahan dan kecaman.

“Belajarlah untuk bertimbang rasa dan menjadi manusia. Perkara itu sangat penting dan tidak seharusnya hilang daripada kita semua. 

“Kita kena jaga perangai kita. Usah mulakan dan tanamkan ideologi yang tidak benar kepada pengikut-pengikut kita kerana tanpa kita sedar, kita sebenarnya ada tanggungjawab terhadap pengikut-pengikut kita,” katanya lagi. 

Dalam pada itu, World Peace Entertainment Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan media yang dikongsi semalam memberitahu bahawa mereka amat memandang berat isu fitnah terhadap Naim.   

Mereka ingin menegaskan sebarang tuduhan yang berat akan diambil tindakan serta-merta untuk memastikan fitnah seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan. - Getaran, 21 Januari 202

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN