web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelakon ‘Hannibal Rising’, Gaspard Ulliel Meninggal Dunia 

Bintang kacak kelahiran Perancis, Gaspard Ulliel meninggal dunia selepas terlibat kemalangan sewaktu bermain ski. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 4:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal Perancis, Gaspard Ulliel telah meninggal dunia pada usia 37 tahun selepas terlibat kemalangan sewaktu bermain ski di pusat peranginan ski La Rosiere, tenggara Perancis. 

Menurut laporan yang dikeluarkan portal berita CNN, Gaspard dikatakan telah bertembung dengan seorang pemain ski dan kedua-duanya jatuh ke tanah. Walaubagaimanapun, pemain ski yang bertembung dengannya itu tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Sewaktu bantuan kecemasan tiba, Gaspard sudah terbaring tidak sedarkan diri di atas timbunan salji. Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan dan telah disahkan meninggal dunia semalam.  

Kematian Gaspard merupakan satu kehilangan besar buat industri perfileman Perancis kerana dia sangat terkenal sebagai pelakon berbakat besar selain memiliki wajah yang kacak.

Antara filem lakonannya yang mendapat perhatian ialah Hannibal Rising dan Saint Laurent yang mana dia memegang watak sebagai pereka fesyen ikonik itu. 

Wajah kacak Gaspard turut menjadi pilihan jenama terkenal, Chanel sebagai jurucakap minyak wangi mereka. 

Gaspard juga terlibat dengan drama bersiri terbitan Marvel iaitu 'Moon Night' yang bakal ditayangkan pada Mac nanti. - Getaran, 20 Januari 2022.

Gambar: Getty Images, Chanel

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN