web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dikecam Berlakon Iklan Bengkung, Ini Jawapan Zul Ariffin

Pelakon terkenal, Zul Ariffin tampil menjelaskan isu lakonannya dalam iklan bengkung yang membabitkan babak intim dengan pengasas produk sehingga menjadi bualan ramai. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 1:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila pelakon popular, Zul Ariffin dilihat berlakon dalam sebuah iklan mempromosikan bengkung di mana dia merupakan duta kepada produk berkenaan.

Namun, apa yang menjadi bualan ialah adegan-adegan terlebih mesra dalam iklan berkenaan yang dilihat kurang manis, kerana wanita di dalam iklan berkenaan merupakan seorang yang berhijab. 

Antara babak yang menjadi bualan ramai.
Antara babak yang menjadi bualan ramai.

Mengulas lanjut perkara yang hangat diperkatakan itu, Zul atau nama sebenarnya  Zulkifli Ariffin ,36, berkata ia bukan sesuatu yang dirancang mereka demi mencipta ‘viral’ semata-mata.

“Idea untuk melakukan babak-babak berkenaan muncul sewaktu kami sedang jalani penggambaran bagi membuatkan ia kelihatan lebih mesra. 

"Jika ada orang yang bercakap mengenai hal ini kami tak boleh buat apa. This is show business. Bukan niat kami untuk buat penggambaran agar kami jadi perhatian, tidak. Kami lakukan penggambaran untuk produk,” katanya ketika ditemui di sidang media majlis memperkenalkan dirinya sebagai wajah baru jenama bengkung berkenaan.

Farah Nabilah dan Zul Ariffin
Farah Nabilah dan Zul Ariffin

Sementara itu, pengasas jenama bengkung berkenaan yang turut sama berlakon dalam iklan itu iaitu Farah Nabilah Abdul Aziz berkata, biasanya dia hanya terlibat di belakang tabir dan adiknya iaitu pempengaruh media sosial, Sasha Aziz yang selalu kedepan.

Namun, disebabkan adiknya sudah berkahwin dan mempunyai anak, jadi dia yang harus mengambil alih tanggungjawab itu.

“Saya hanya jalankan tanggungjawab atas dasar kerja. Pasukan saya cakap saya perlu lakukan yang terbaik. Tak terfikir langsung soal nak 'viral'. Semuanya berlaku di luar kawalan," katanya.

Bagaimanapun, Farah mengakui menyedari isu itu mungkin agak sensitif di negara kita apabila adanya babak bersentuhan di antara lelaki dan wanita.

“Saya mohon maaf kepada semua yang terasa terutamanya peminat-peminat Zul Ariffin. Saya hanya lakukan kerja saya. Itu sahaja,” jelasnya. 

Menjelaskan lebih lanjut pemilihan Zul Ariffin sebagai duta kepada produk bengkung yang sinonim dengan kaum wanita, Farah berkata Zul punya daya penarik bagi kaum wanita. 

“Kami mahu menjadi sesuatu yang unik dengan memilih lelaki sebagai duta, tetapi lelaki yang mewakili kami adalah seorang yang yakin, kuat dan cergas. Zul ada semua kualiti ini.

"Zul punya aura yang dapat membantu memberi semangat kepada para wanita yang berada di belakang kami. Sasaran produk kami adalah wanita, dan Zul punya pengikut yang ramai dalam kalangan wanita,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zul yang baru sahaja memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 31 kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri untuk siaran TV3. - Getaran , 18 Januari 2022.

Gambar: Helmi Anuar menggunakan Samsung Galaxy A52s 5g dan Instagram Zul Ariffin

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN