web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berkat Solat Maghrib di Surau, Hubungan Lan, Rody Kembali Pulih 

Ketika keluar dari surau dan sedang memakai kasut, tiba-tiba Rody datang dan menepuk bahu dan menegur Lan.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 2:39PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perang dingin selama empat tahun antara penyanyi Lan Solo dan pemain gitar kumpuan Kristal, Rody terlerai apabila masing-masing saling bertegur sapa selepas menunaikan solat Maghrib di sebuah surau.

Bercerita lebih lanjut peristiwa itu, pemilik nama penuh Mohd Razlan Mohamed Yusof pada waktu itu baru sahaja menunaikan solat Maghrib semasa program Gegar Vaganza baru-baru ini. Ketika keluar dari surau dan sedang memakai kasut, tiba-tiba ada tangan yang menepuk bahunya.

“Saya sangat hormat Rody kerana dia yang terlebih dahulu datang dan menegur saya. Ketika itu saya sedang pakai kasut selepas menunaikan solat, tiba-tiba dia tepuk bahu saya dan kata 'Eh Lan!' dan saya balas kembali 'Eh Rody!'”

“Sebelum ini memang ramai yang tanya bilakah agaknya kami akan berbaik. Saya kata biarlah masa yang menentukan. Tak sangka memang betul Tuhan tentukan itulah waktu terbaik, di dalam surau pula,” ceritanya kepada Getaran ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu '5 Kaki 4 Inci' baru-baru ini. 

Menurutnya lagi, dia tidak pernah menolak untuk berbaik semula memandangkan mereka sudah berkawan dalam tempoh yang sangat lama. Apatah lagi masing-masing bekerja dalam bidang yang sama.

“Kami sudah lama kenal, ibu bapa dia sudah seperti ibu bapa saya sendiri. Saya berharap selepas ini tiada lagi pihak ketiga yang cuba cucuk. Itulah perkara yang saya sangat berhati-hati untuk masa ini. Lagi pula, industri hiburan kita ini kecil. Pusing-pusing tetap orang yang sama.” katanya. 

Terbaharu, Lan Solo tampil dengan single terbaharunya, '5 Kaki 4 Inci' yang juga merupakan penyanyi semenanjung pertama menyanyikan lagu berkonsepkan Borneo. Lagu yang mendapat sentuhan Velvet Aduk Lawrence dan Marsha Milan ini mengisahkan tentang seorang pemuda semenanjung yang berpindah ke Sabah untuk mencari rezeki. 

Ketika di Sabah, dia jatuh cinta dengan seorang gadis Sabah yang dilakonkan oleh unduk ngadau (ratu cantik Sabah) iaitu Kerinah Mah.

“Sebelum ini saya pernah menyanyikan lagu berbahasa Dusun Sabah iaitu Momuhobo. Kemudian, saya mendapat respons yang positif oleh masyarakat Sabah. Tambahan pula lagu ini saya hasilkan sebagai penghargaan kepada pengunjung perniagaan saya iaitu Solo Borneo Mart.

“Saya risau juga sekiranya salah sebutan. Maka saya dapatkan nasihat daripada Velvet dan Marsha. Merekalah yang mendengar dan memastikan saya menyanyikan lagu tersebut dengan betul,” tambahnya. 

Penonton boleh menyaksikan muzik video lagu tersebut yang dirakamkan di pusat pelancongan popular di Sabah dan Puchong menerusi YouTube serta platform penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox dan Deezer. - Getaran, 17 Januari 2022

Gambar: Wafa Aula

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN