Berita Terkini

17 minit yang lalu: Mohd Shafie menang tanpa bertanding Presiden Warisan 40 minit yang lalu: 6 maut, 17 hilang dalam kejadian letupan di pusat beli-belah di Armenia 41 minit yang lalu: Nooh Gadut dilantik Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu 2 jam yang lalu: Pembentangan Bajet 2023 beri penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia - PM 2 jam yang lalu: Polis Israel tembak mati seorang rakyat Palestin di Baitulmaqdis

IKUTI KAMI


Tak Sempat Fikir Anak, Remy Ishak Akui 2022 Tahun Untuk Bekerja! 

COVID-19, PKP dan kemudian sibuk dengan kerjaya dan bisnes masing-masing membuatkan Remy dan isterinya, Ezza tidak punya banyak waktu  untuk luangkan masa peribadi bersama. 

Selebriti Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 4:20PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor Remy Ishak mengakui sejak dia dan isterinya, Ezza Yusof melangsungkan pernikahan pada 21 Ogos tahun lalu, mereka masih belum berpeluang menikmati bulan madu serta memikirkan soal zuriat. 

“Pandemik COVID-19, PKP dan kemudian sibuk dengan kerjaya dan bisnes masing-masing membuatkan kami tidak punya banyak waktu untuk berbulan madu serta meluangkan masa peribadi bersama. 

“Rakan-rakan selebriti dan media juga sering bertanya 'bila lagi'? Sedangkan kami sudahpun melangsungkan pernikahan Ogos tahun lalu. 

“Amyra Rosli beritahu selepas empat bulan bernikah, dia sudah hamil. Cepatnya. Sedangkan saya yang sudah beberapa bulan nikah, masih belum dapat lagi.

“Ia membuatkan saya terfikir juga tentang perkara ini dan sejujurnya, baik saya mahupun Ezza tidak pernah lagi berbincang soal anak,” katanya kepada Getaran sambil tertawa. 

Menurut Remy lagi, jadual kerjaya yang padat dan berbeza menyukarkan lagi mereka untuk meluangkan masa bersama. 

“Semua orang tahu, Ezza seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan kasut. Sebagai pengarah kreatif untuk produk bisnesnya, dia memang sibuk dan banyak habiskan masa di pejabat. 

“Begitu juga dengan saya. Selain penggambaran, saya juga sibuk tumpukan perhatian dengan karya-karya yang bakal diterbitkan di bawah produksi saya sendiri iaitu Remy Films dan Riimagine Works Sdn. Bhd. dengan berkumpul serta berbincang bersama pasukan produksi.

“Kalau ikutkan perancangan berbulan madu memang hendak diteruskan. Tetapi bagaimana kerana dia sibuk dan jadual saya penuh sehingga bulan enam,” katanya lagi pada sidang media The Masked Singer musim kedua, rabu lalu. 

Jelas Remy lagi, selain berbulan madu, dia juga punya perancangan untuk mengerjakan umrah. 

“Itu pun tak kesampaian kerana ketika itu saya kena dapatkan suntikan penggalak dahulu jika mahu menunaikan umrah. Siapa yang mengambil suntikan vaksin Sinovec kena dapatkan suntikan penggalak dahulu. 

“Bila saya lihat Kamal Adli dan Uqasha Senrose menunaikan umrah, saya terfikir boleh pula mereka pergi. Bagaimanapun, waktu itu saya sudah mula sibuk dan sekarang memang kita tidak boleh pergi ke Makkah berikutan wujudnya virus baharu. 

"Nampaknya belum ada rezeki kami untuk buat umrah, berbulan madu dan anak. Mungkin Allah SWT sudah susun tahun ini tahun rezeki kerja. 

“Tahun ini ada banyak perancangan dan penggambaran di bawah syarikat produksi saya. Pendek kata, 2022 adalah masa untuk kembali bersinar," katanya.

Mengenai penubuhan Remy Films dan Riimagine Works Sdn Bhd, aktor berkaliber ini menjelaskan ia sebahagian daripada perancangan masa depannya untuk melebarkan sayap dalam dunia perniagaan.  

“Sebelum ini saya sudah terlibat dalam macam-macam bisnes tetapi semuanya rugi dan tidak menjadi.  

“Saya mahu mencuba, namun bisnes yang berkaitan produk dan jualan langsung bukanlah jiwa saya. 

“Apa yang kena dengan jiwa saya adalah perniagaan dalam dunia hiburan. Inilah yang cuba saya lakukan," katanya yang kini terbabit dengan penggambaran drama 40 episod, 'Jangan Menangis Cinta' yang diadaptasi daripada novel Siti Rosmizah. 

Biarpun Remy dan isteri terlibat dalam dunia perniagaan, mereka tidak pernah campur tangan dalam perniagaan masing-masing. 

“Dia fokus dengan perniagaan dia. Saya fokus dengan bisnes saya.

"Saya juga tidak mahu dia ikut dalam mana-mana acara hiburan yang melibatkan saya. Ini kerana yang terlibat dalam dunia bisnes hiburan adalah saya. 

Saya akan menyokong apa sahaja yang dia lakukan. Saya mahu orang kenal dia dan perniagaannya. Bukan disebabkan Remy Ishak. Saya mahu dia meraih populariti dengan caranya sendiri. 

“Mungkin bagi orang lain tidak ada salahnya kalau dia terlibat sepenuhnya dalam dunia saya dan saya terlibat dalam dunia dia. Namun, itulah prinsip saya,” katanya. 

Remy bersama rakan-rakan juri The Masked Singer yang dikekalkan untuk musim kedua.
Remy bersama rakan-rakan juri The Masked Singer yang dikekalkan untuk musim kedua.

Tentang penglibatannya sebagai salah seorang juri The Masked Singer 2, Remy mengakui pada awalnya dia bimbang untuk menerima tawaran tersebut buat kali kedua.

“Saya bimbang untuk berhadapan dengan kelompok yang sering memberikan pendapat. Tetapi, apabila difikirkan semula, musim pertama memang menyeronokkan.  Rakan-rakan juri yang lain pun sudah jadi seperti keluarga. Jadi, mengapa tidak saya terima? 

“Waktu musim pertama dahulu, saya rasa tertekan juga. Sebab saya kena buat tekaan bersama juri seperti Pak Nil, Zizan dan Michael Ang yang 'gila-gila'. 

“Saya pula bukan orang sebegitu. Tetapi selepas tiga hingga empat minggu, baru faham saya tidak boleh jadi Remy Ishak. 

“Saya kena berseronok dengan mereka (juri) dan program ini. Lagipun, program ini bukan untuk menguji kebijaksanaan juri sebaliknya ia hiburan meneka siapa penyanyi disebalik kostum yang tidak memerlukan kita bersikap terlalu serius.  

“Bila sudah dapat rentak itu, saya pun jadi macam mereka. Apa yang boleh saya katakan musim baharu ini lebih sukar daripada musim terdahulu," katanya.

Remy turut mendedahkan program ini sedikit sebanyak telah mewujudkan sisi baharu dalam hidupnya. 

“Saya kini lebih relaks, ceria dan semakin suka berkongsi pandangan. Dahulu, saya agak pemalu untuk berkongsi apa-apa tetapi kini saya tidak teragak-agak lagi.

"Entahlah, saya pun keliru dengan diri saya," katanya seraya ketawa. - Getaran, 14 Januari 2022

Gambar: Remy Ishak (Diambil menggunakan telefon bimbit Poco) 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Lahir luar negara: Hanya anak berbapakan warganegara berhak dapat kerakyatan Malaysia

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Nak Sangat Anak Perempuan, Elizabeth Tan Pilih Nama Watak Dalam Filem!

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

Suami Tetapkan Syarat Supaya Wany Hasrita Labuhkan Tudung

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Ibu Didakwa Bunuh Anak Perempuan Berusia 11 Tahun

Sorotan

1

Mengintai Tarikan Terbaharu di Cameron Highland, Berbaloi Atau Tidak?

2

Peserta Perhimpunan #ManaKapalLCS Bantah Salah Urus Projek Kapal

3

Tangguh Laksana Pindaan Akta Kerja 2 Tahun, Elak Majikan, Rakyat Makin Terkesan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Insiden Babitkan Alec Baldwin: Laporan Forensik FBI Dapati Picu Pistol Ditarik

Selebriti 4 jam yang lalu

Rupanya Banyak Benda Jadi Sebelum Majlis, Tayar Kereta Pancit, Nasib Isteri Tolong Betulkan!

Sepanjang mengenali Aizat, Elyssa merasakan ciri-ciri lelaki idamannya ada pada jejaka itu, apalagi masing-masing 'gilakan' makanan.

oleh Wafa Aula

Selebriti 6 jam yang lalu

Dituduh Kikis Dan Jalin Hubungan Dengan Suami Orang, Anak Azhar Sulaiman Beri Penjelasan

Kasih Iris Leona didakwa menjadi ‘scammer’ dengan mengikis duit lelaki yang bergelar suami orang sedangkan dia tiada niat untuk berkahwin dengan lelaki berkenaa...

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 8 jam yang lalu

Terpaling Juara Tampil Pemenang AJL Bimbing Legenda Dan Bintang Baharu

oleh Ellyna Ali