web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selebriti Terkesan Banjir Dapat Bantuan

Yayasan Metamorphosis turun padang bagi membantu mangsa bencana banjir yang melanda Selangor dan Pahang termasuklah dalam kalangan selebriti tempatan.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Jan 2022 5:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelbagai pihak termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan individu dan perseorangan terus mencurah bakti dengan menghulurkan bantuan dalam usaha meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir sekitar Selangor dan Pahang.

Ini termasuklah pasukan Yayasan Metamorphosis dalam menjalankan 'Misi Jiwa Prihatin' bagi membantu mangsa-mangsa banjir ini. 

Presiden Yayasan Metamorphosis, Razalif Mohd. Zain bersama Azman Adnan
Presiden Yayasan Metamorphosis, Razalif Mohd. Zain bersama Azman Adnan

Presiden Yayasan Metamorphosis, Razalif Mohd. Zain berkata, dia dan pasukannya agak terlewat menghantar bantuan disebabkan menjalani tempoh kuarantin berikutan menjadi kontak rapat pesakit COVID-19.

“Habis sahaja tempoh kuarantin, saya terus mempersiapkan pasukan untuk turun padang bagi menghulurkan bantuan. Dari segi dana, Yayasan Metamorphosis tidak kutip mana-mana sumbangan, ini hasil pendapatan perniagaan yang disalurkan kepada yayasan ini.

“Kami melawat bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin di Banting, Selangor, kemudiannya ke rumah penyanyi Ezad Lazim di Kota Warisan, Sepang.

Seterusnya, kami menjengah bekas pemain bola sepak negara, Azman Adnan dan isterinya, Asfarina Muhamad (As Feminin), penyanyi rock, Yantzen dan pemain bass kumpulan Damasutra, Amran di sekitar Hulu Langat.

“Sepatutnya, kami singgah ke rumah pelawak, Ebby Yus di Hulu Langat, tetapi saya dimaklumkan beliau dimasukkan ke hospital. 'Misi Jiwa Prihatin' ini turut menghulurkan bantuan kepada individu lain yang menjadi mangsa banjir, bukan hanya golongan selebriti,” katanya.

Razalif yang juga usahawan dari Pulau Pinang berkata, secara kasar, Yayasan Metamorphosis memperuntukkan antara RM500,000 hingga RM1 juta bagi 'Misi Jiwa Prihatin' di seluruh Malaysia.

“Bukan hanya menyediakan sumbangan berbentuk wang ringgit, malah, pelbagai barangan elektrik seperti mesin basuh, peti ais dan katil. Ini termasuk juga keperluan asas seperti pinggan mangkuk, dapur dan sebagainya.

“'Misi Jiwa Prihatin' bermula ketika banjir besar di seluruh Malaysia pada 2014. Saya sendiri turun padang dan agak sedih dengan nasib yang menimpa mangsa banjir. Saya lihat mereka perlu memulakan kehidupan baharu, ada yang sehelai sepinggang, tak kira kaya atau miskin.

“Jadi, dari situ, kami meneruskan 'Misi Jiwa Prihatin' tahun demi tahun. Saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan membantu mangsa banjir bukan hanya kejadian tahun ini, tetapi juga pada masa akan datang,” katanya.

As Feminin dan Azman Adnan
As Feminin dan Azman Adnan

Sementara itu, As berasa berbesar hati apabila menerima bantuan daripada Yayasan Metamorphosis.

“Terima kasih, semoga Allah membalas jasanya membantu mengurangkan bebanan saya sekeluarga. Saya tak boleh anggarkan kerugiannya. Tetapi, apa yang boleh saya katakan, memang kena mula dari kosong.

“Bukan hanya semua barang elektrik rosak, malah, lantai pun pecah. Ia seperti membina rumah baharu. Satu rumah pula kena buat wiring semula.

“Memang saya amat terkesan, tetapi, saya nak ucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sangat prihatin dan tidak berkira.

“Bila berlaku bencana ini, barulah saya nampak rakyat Malaysia sangat bersatu dan bermurah hati, tak kira apa bangsa dan agama. Saya memang respect masyarakat majmuk kita,” katanya.

Ezad Lazim
Ezad Lazim

Bagi penyanyi terkenal, Ezad Lazim pula, ini adalah kali pertama dia berdepan musibah banjir sejak pindah ke rumah sendiri di Kota Warisan, Sepang.

“Banyak barang koleksi peribadi musnah dan rosak. Saya memang suka simpan barang-barang yang ada nilai sentimental. Saya simpan koleksi CD dan VCD original penyanyi yang saya minat. Saya kumpul dari zaman muda. 

“Ini termasuklah koleksi gambar saya dengan bekas kumpulan dan alatan muzik seperti gitar. Ada antaranya saya simpan dan tidak pernah guna. Namun, agak sedih alatan muzik artifak arwah bapa tidak boleh diselamatkan.

“Namun, apa yang penting, nyawa. Alhamdulillah, isteri dan anak-anak berada dengan saya ketika banjir, jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan sangat,” katanya.

Yayasan Metamorphosis turut bekerjasama dengan rider penghantar makanan. Bukan sahaja bangsa Melayu, malah Cina dan India turut berganding bahu membantu mangsa banjir.  - Getaran, 14 Januari 2022

Gambar : Yayasan Metamorphosis

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN