web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ellie Suriaty Sudah Vaksin, 2022 Tahun Yang Sibuk! 

Ada perancangan untuk mengarah filem, Ellie Suriaty sangat teruja dan berharap 2022 bawa lebih banyak tuah buat dirinya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 2:53PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Demi memenuhi permintaan suaminya, Azri Iskandar, pengarah dan pelakon berkaliber, Ellie Suriaty Omar mengakui dia sudah mengambil dua dos vaksin COVID-19 pada November lalu di sebuah klinik swasta. 

“Azri bagitahu saya, dia sudah dua tahun memberi peluang kepada saya untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mengenai keberkesanan vaksin. 

“Jadi selepas dua tahun, dia menuntut saya untuk memenuhi permintaannya pula untuk saya ambil vaksin. 

“Apa yang boleh saya katakan, dia (Azri) telah bagi saya ultimate term dan sebagai isteri, saya tidak boleh ketepikan permintaannya itu. Dia suami saya. Ada perkara saya kena patuh,” katanya kepada Getaran. 

Jelas Ellie lagi, dari awal lagi dia bukanlah seorang yang anti vaksin. 

“Kalau saya anti vaksin, dari dulu saya takkan cucuk apa-apa vaksin pun. Lagipun, dulu saya pernah jadi pramugari. Untuk terbang ke sana-sini, saya perlu ambil vaksin-vaksin tertentu. 

“Bukan saya tidak  faham perkara-perkara  tentang vaksin ini. Cuma, apa yang saya persoalkan tentang vaksin COVID-19 ini adalah tentang keberkesanannya kerana ia dibuat secara terburu-buru. 

“Adakah kita ini tikus makmal? Dan, apa yang saya suarakan ini bukanlah atas pandangan dan pendapat peribadi saya semata-mata. 

“Tetapi, ia juga adalah pandangan yang disuarakan kebanyakan pakar virologi dari seluruh dunia. Bahkan, yang membuatkan saya pelik apabila hampir 80 peratus penduduk di United Kingdom dan Amerika Syarikat menolak vaksin. 

“Berbeza dengan Malaysia. Di negara ini, yang menerima vaksin adalah sebanyak 80 peratus. Yang menolak pula hanyalah 20 peratus sahaja. 

“Lagipun, pengambilan vaksin seperti satu mandatori di negara ini kerana berlaku sekatan terhadap  kerja jika kita tidak mengambilnya. Jadi, dengan hal-hal seperti ini termasuk permintaan daripada Azri, saya akhirnya setuju mengambil vaksin,” katanya. 

Sebaik sahaja lengkap dua dos vaksin, Ellie terus terlibat dengan projek pementasan Putri Santubong The Warrior Princess yang telah pun dipersembahkan di Kampung Budaya Sarawak, pada 11 hingga 12 Disember lalu. 

Putri Santubong The Warrior Princess adalah projek pertama yang menyaksikan saya kembali semula dalam industri selepas PKP dan selepas mengambil vaksin. 

“Penglibatan saya adalah sebagai konsultan keseluruhan pementasan projek tersebut. Ia satu pengalaman yang cukup menarik. Apatah lagi apabila saya terpaksa berkampung di Kuching selama sebulan. 

“Dan, saya juga seronok bekerja dengan seluruh tenaga kerja produksi dan teknikal Putri Santubong The Warrior Princess. Mereka memberikan kerjasama yang cukup baik. 

“Saya juga seronok bekerja dengan Madam Jane Jian Labang selaku Pengurus Besar Kampung Budaya Sarawak, Encik Zaini Haji Zainuddin (Eksekutif Produser), Hamzah Tahir (pengarah teater) dan Masfah Brahim (penulis skrip). 

“Saya harap akan ada lagi projek yang seterusnya bersama mereka selepas ini,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Ellie juga bakal bertindak sebagai jurulatih lakon filem terbaharu arahan Osman Ali, Telaga Suriram. Karya ini bakal dibintangi Maya Karin, Farid Kamil, Nabila Huda serta Scha Al Yahya. 

“Ini adalah filem kelima kolaborasi saya bersama Osman Ali sebagai jurulatih lakon. Sebelum ini, saya pernah terlibat dengan Ombak Rindu, Pilot Cafe, Kau Yang Satu dan Langsuir

“Saya teruja untuk sama-sama menjayakan filem ini. Saya kira, saya punya keserasian yang baik dengan Osman Ali. Mungkin sebab itu, dia sering mengambil saya menjadi jurulatih lakon dalam filem-filem arahannya. 

“Saya juga pengarah filem, jadi ia memudahkan saya untuk faham apa yang Osman Ali cuba ketengahkan dalam karya sentuhannya.

“Andai kata saya tidak punya pengetahuan tentang filem atau lakon layar, barangkali sukar untuk saya memahami teori dan falsafah filem yang cuba disampaikan Osman Ali,” katanya. 

Mengenai pengarahan, Ellie berkata, dia ada perancangan untuk menghasilkan filem tahun ini. 

“Saya sebenarnya sangat teruja dengan 2022. Harap tahun ini akan bawa banyak tuah buat saya.  

“Saya masih ingat lagi kata-kata Allahyarham Mamat Khalid: “Bakat seperti kamu tidak boleh disorokkan. Anda harus keluar dan memberi tenaga, pemikiran serta nilai artistik anda kepada industri. Jika tidak, ia akan menjadi sia-sia. 

“Saya akan pegang kata-kata orang yang percayakan saya. Saya bersyukur kerana Mamat Khalid benar-benar menyedarkan saya akan hakikat itu,” katanya lagi. - Getaran, 11 Januari 2022


Gambar: Fail

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN