web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pernah Digam Stesen Televisyen, Syazwan Zulkifly Masih Bertahan

Walaupun sudah sebati dengan watak antagonis, Syazwan meneliti setiap watak yang dilakonkannya agar berbeza dan tidak terikat dalam zon selesa. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 4:39PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Watak antagonis lakonan Syazwan Zulkifly selalu menjadi perhatian dan mendapat permintaan syarikat produksi walaupun sudah sedekad berada dalam industri seni tanah air. 

Sudah tentunya, perjalanan bergelar pelakon tidak mudah apabila pernah terpalit dengan kontroversi yang menyebabkan namanya digam oleh stesen televisyen tempatan tidak lama dulu.

“Sepuluh tahun berada dalam industri seni memang susah. Banyak benda yang saya lalui. Saya pernah digam oleh stesen televisyen dan terpalit gosip. Syarikat produksi yang saya bekerja selalunya sama.

"Namun, saya buktikan dengan kualiti lakonan dan itulah yang membuatkan saya masih kekal hari ini,” katanya ketika ditemui di sidang media drama ‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’ baru-baru ini. 

Pelakon yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama ‘7 Hari Mencintamu’ musim ketiga ini selesa dilihat membawa watak-watak jahat di dalam drama. Syazwan bagaimanapun tidak menyangkal bahawa watak jahat yang dibawanya sering membawa impak kepada penonton sehingga pernah diugut bunuh beberapa kali. 

“Saya sudah lali dengan ugutan di media sosial. Itu perkara biasa. Cuma, memandangkan sekarang saya sibuk menjalani penggambaran dan kebanyakan masa di set, saya tak pernah pula menerima ugutan secara berdepan," katanya.  

Walaupun sudah sebati dengan watak antagonis, Syazwan meneliti setiap watak yang dilakonkannya agar berbeza dan tidak terikat dalam zon selesa.

“Antagonis adalah kekuatan saya memandangkan selalu melakonkan watak sebegitu. Namun, saya cuba keluar daripada stereotaip dengan sedaya upaya mencuba watak jahat yang berbeza daripada apa yang pernah saya buat sebelum ini. 

“Saya sangat teliti dari segi watak, pakaian dan karakter yang dibawa. Jika berbeza barulah saya akan lakonkan," katanya. 

Drama 15 episod 'Saat Kau Takluk Cinta Ini' merupakan adaptasi novel judul serupa karya Sara Hezra terbitan Kembara Sufi Sdn Bhd diarahkan oleh Zamri Zakaria. 

Ia mengisahkan tentang Haira Melissa yang dibuang keluarga selepas dituduh merampas tunang adik tirinya. Ketika berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang, dia bertemu Rahhal yang terpaksa menolak tawaran kerja di ibu kota demi menjaga ibunya yang diserang strok. 

Tidak lama selepas itu, Rahhal dan ibunya terpaksa keluar dari rumah selepas dihalau ibu saudaranya. 

Tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat mengenainya, Haira menerima lamaran jejaka itu tetapi ada rahsia disimpan rapi. 

Selain Syazwan, drama ini turut dibintangi Idris Khan, Intan Najuwa, Shakilla Khoriri, Wafariena Roslan, Wan Maimunah, Zarynn Min dan Edika Yusof. Ia turut dimeriahkan dengan kehadira  Jasmin Hamid, Raja Azmi, Raja Baizura dan Aleza Shadan.

Gambar: Instagram Shazwan Zulkifly

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN