web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


"Lagu Saya Tak Ada Kena Mengena Iqbal, DSV" - Michael Ang

Michael terbuka hati menceburi dunia nyanyian selepas berdepan tekanan berikutan masalah peribadi dan kerja.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 6:29PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Wah, lagu ini ada kena mengena dengan kisah cinta Datuk Seri Vida dengan Iqbal ke?” tebak warganet sebaik sahaja lagu nyanyian pengarah Michael Ang, 'Cinta atau Propa' menemui khalayak.

Pelbagai reaksi sudah mula diberikan warganet terhadap lagu terbitan Indigital Music itu dan rata-ratanya terkejut dengan kemunculan Michael Ang sebagai penyanyi. 

Michael terbuka hati untuk terjun ke bidang nyanyian setelah berada dalam fasa tertekan berikutan masalah peribadi dan urusan kerja. Setelah ditawarkan peluang ini, dia terus bersetuju tanpa berfikir dua kali. 

Lagu 'Cinta atau Propa' menyentuh tentang kepura-puraan seseorang dalam percintaan. Namun begitu, pengarah filem Kimchi Untuk Awak ini menyangkal dakwaan lagu itu dihasilkan untuk menyindir mana-mana pihak. 

“Lagu ini tiada kena mengena kisah percintaan Datuk Seri Vida dengan Iqbal. Lagu ini tentang diri saya yang pada waktu itu sedang tertekan. Liriknya menceritakan tentang diri saya,” katanya ketika dihubungi Getaran. 

Sebelum ini, Michael dilihat lantang mengkritik nyanyian para selebriti tanah air. Ditanya adakah dia bersedia untuk dikritik, Michael tidak cepat melatah. 

“Setakat ini tak ada sesiapa lagi yang kutuk. Bila baca komen, semua orang puji,” katanya yakin. 

Ruangan komen Instagram Michael dibanjiri dengan reaksi rakan selebriti dan peminat. Tidak ketinggalan rakan baiknya, Datuk Seri Vida (DSV).

“Jadi penyanyi pula? Semua benda nak caras. Jadi pengarah sudahlah,” tulisnya. 

“Kelas!” kata Amira Othman. 

“Wah, muzik retno,” tulis seorang warganet.

“Nyanyi ke bersajak?” komen pengguna yang lain.

Terdahulu, negara pernah kecoh dengan drama kisah percintaan antara usahawan  DSV dan bekas pengurusnya, Ahmad Iqbal Zulkefli yang tidak kesampaian.

Gambar: Instagram Michael Ang dan Ahmad Iqbal Zulkefli

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN