web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Avaa Vanja Dapat Injunksi Halang Anak Dibawa Ke Luar Negara 

Selain mendapat perintah injunksi bagi menghalang anak dibawa ke luar negara, Avaa Vanja juga mendapat hak penjagaan sementara anaknya itu. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 3:55PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Avaa Vanja bukan sahaja mendapat hak penjagaan sementara terhadap anaknya tetapi juga berjaya memperoleh perintah injunksi bagi menghalang anaknya dibawa keluar negara oleh suami beliau yang turut mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat.

Sesi pendengaran kes hadhanah pelakon Avaa Vanja telah berjalan dengan lancar di Mahkamah Tinggi Syariah pagi semalam, setelah beliau memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman pada 2 Disember lalu. 

Peguam Syarie Nurul Hafidzah dan Zeti Zulkifli berkata, anak guamnya itu memohon agar diberi hak penjagaan sementara menunggu permohonan hadhanah penuh diputuskan kerana  khuatir kebajikan dan akidah anak terabai sekiranya tidak dijaga beliau. 

“Avaa juga memfailkan injunksi bagi menghalang anak beliau dibawa keluar negara oleh suaminya yang turut mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat. Malah, anaknya juga mempunyai kewarganegaraan negara itu,” kata Nurul Hafidzah.

Pada 28 Disember lalu, proses sulh hadhanah dan sebutan pertama kes cerai di Mahkamah Tinggi Syariah telah pun dijalankan.

Pagi semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah membenarkan kedua-dua permohonan injuksi dan interim hadhanah. Ini bermaksud, Avaa telah berjaya dalam kedua-dua permohonan terbabit.

Dengan keputusan mahkamah tersebut, Avaa telah diberikan hak penjagaan sementara dan injunksi interim bagi menghalang anak beliau dibawa keluar dari negara.

Media melaporkan Avaa membuat langkah pertama untuk memfailkan perceraian kerana beliau berpendapat rumah tangganya tidak dapat dipelihara jika terus tinggal bersama suami.

Avaa berharap tindakan undang-undang yang diambil dapat menyelesaikan masalah rumah tangganya dan memohon doa daripada semua pihak agar semuanya berjalan dengan lancar.

Pengurus Krisis dan jurucakap Avaa Vanja dari firma pengurusan krisis Saiful Ridzuan Public Relations And Communications dalam kenyataannya berkata, Avaa berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong beliau semasa mengharungi konflik rumah tangga dan pelakon tersebut mensasarkan keputusan positif bagi semua pihak. - Getaran, 4 Januari 2022


Gambar: Avaa Vanja

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN