Berita Terkini

2 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


23 Tahun Menanti, Siti Nordiana Ke Pentas AJL36 Secara Solo

23 tahun menanti untuk tembus ke pentas AJL membawakan lagu solo, akhirnya impian itu terlaksana buat Siti Nordiana apabila lagu ‘Angkara’ berjaya mara ke AJL36.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 8:48AM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Umum telah pun mengetahui senarai 12 lagu yang berjaya mara ke pentas Anugerah Juara Lagu ke 36 (AJL36). Antara lagu yang tersenarai ialah lagu 'Angkara' dendangan penyanyi popular, Siti Nordiana.

Menariknya, lagu ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya itu merupakan lagu solo pertama Siti Nordiana yang berjaya melangkah ke pentas berprestij terbabit selepas 23 tahun bergelar penyanyi. 

Sebelum ini Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana pernah beraksi di pentas AJL, namun menerusi lagu duet bersama Jaclyn Victor berjudul 'Nisan Cinta'.

“Alhamdulillah akhirnya tercapai impian Nana untuk beraksi di pentas AJL36 menyanyi lagu solo Nana. MasyaAllah rezeki lagu ‘Angkara’. Terima kasih Sharon Paul dan Ahmad Fedtri yahya yang merealisasikan impian Nana. 

“Nana sangat gembira dan bersyukur kerana tidak pernah lagi beraksi secara solo di pentas AJL. Boleh dikatakan hampir setiap tahun Nana mencuba nasib di pentas separuh akhir dan tidak pernah putus asa. Alhamdulillah, tahun ini berjaya juga ke peringkat akhir,” katanya.

Gambar Fail
Gambar Fail

Ditanya apakah persiapannya untuk menghadapi persaingan sengit di pentas AJL36 nanti, kata penyanyi kelahiran Felda Sendayan Negeri Sembilan ini, dia akan masuk ke kelas vokal untuk memantapkan mutu suaranya.

“Kita juga akan berbincang dengan semua pihak yang terlibat dengan lagu ‘Angkara’ untuk buat apa yang terbaik di pentas AJL nanti. Saya juga perlu bersedia dari segi mental kerana ini kali pertama beraksi solo jadi saya perlukan kekuatan dalaman yang sangat kuat,” kongsinya. 

Menurut penyanyi berusia 38 tahun ini lagi, antara yang paling gembira dengan berita itu adalah peminat setianya kerana mereka juga memasang impian untuk melihat Nana beraksi solo di pentas AJL. - Getaran, 4 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Peminat Dakwa Siti Nordiana Kena Sabotaj

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Siti Nordiana Setuju Selesaikan Kes Saman RM2.5 Juta Secara Baik

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Final Piala Malaysia Pada 8 Disember Di Stadium Nasional

4

Sukan 8 bulan yang lalu

JDT Pertahan Kejuaraan Piala FA, Atasi Taktik Bertahan KL City

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 13 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar