web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AC Mizal Bangga Damien Warisi Darah Seninya

Datuk AC Mizal sangat menyokong minat Damien untuk terjun dalam industri seni, namun pada masa yang sama, dia mahu anaknya mengimbangi minatnya dengan pelajaran.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 12:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi?  Darah seni yang mengalir dalam tubuh artis versatil, Datuk AC Mizal, 49, nampaknya sudah mula diwarisi anak terunanya, Muhammad Reeve Damien, 18 tahun. 

Bahkan, syarikat rakaman Universal Music Malaysia turut melamar anaknya yang selesa dipanggil Damien itu untuk dijadikan artis naungan.

Dari situ terhasillah lagu debut Damien berjudul ‘Mine’ bernuansa pop R&B dan hip hop dan apa yang menarik, ia turut menampilkan AC Mizal sebagai pasangan duet. 

Karya itu adalah ciptaan Adam E, Freddie Laut dan ADL, manakala lirik pula gabungan idea Damien, AC, Adam E dan ADL. Selain menyumbangkan lirik, Damien turut bertindak sebagai penerbit untuk lagu ini. 

"Segala serba-serbi mengenai pembabitan dan perjalanan proses pembikinan lagu ini membuatkan saya teruja dan bangga. 

“Semuanya dibuat dengan teliti. Untuk single pertama anak saya ini, ia menyatukan kami dan menjadi sisi lain yang buat saya tersentuh hati dan terharu. Tak pernah jangka semua ini akan berlaku dan tersusun cantik.

“Penantian bertahun-tahun yang saya pendam dan harap, benar-benar direalisasikan. Akan datang, saya dan dia akan bersama di satu pentas membuat persembahan. Ia rasa yang tak terungkap dengan kata-kata,” jelas pemilik nama sebenar Mizal Zaini itu.

‘Mine’ sepatutnya dilancarkan pada 3 Januari 2020, namun disebabkan COVID-19, ia telah ditunda dan dilancarkan pada 10 Disember lalu. 

“Saya serahkan tanggungjawab memberi nyawa untuk lagu ini kepada anak. Lagipun anak saya lebih arif dengan apa yang dirasakan sesuai pada zaman sekarang,” katanya.

“Saya sendiri tak mahu projek lagu duet ini jadi asal boleh. Kami mahu ia dihasilkan sesempurna mungkin. 

“Pihak Universal Music sendiri faham kehendak dan hala tuju diingini kerana saya jenis yang mementingkan kesempurnaan. Pendek kata, bunyi, susunan lagu dan video muzik sampai pada tahap kepuasan saya,” katanya. 

Ditanya mengenai kecenderungan ditunjukan Damien dalam seni, AC berkata, anaknya mula menunjukkan minat bermain gitar pada usia 10 tahun.

"Dia mula berjinak-jinak dalam dunia nyanyian selepas tamat peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

“Sementara menunggu keputusan, dia berlatih menyanyi setiap hari. Daripada situ, terserlah minatnya. Malah selama enam bulan juga dia berlatih menyanyi dan mengasah vokal sebagai persediaan sebelum merakam single ‘Mine’.

“Saya menyokong 100 peratus minat dan apa yang dilakukannya kini. Saya juga mahu dia mengimbangi pelajaran. Dia memiliki Diploma Pengajian Perniagaan dari sebuah kolej dan akan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah tahun depan,” katanya.

AC menambah anak perempuannya, Fea Eryssa, 13, juga meminati dunia seni kerana minat menyanyi dan bermain piano. Bagaimanapun Fea perlu menumpukan dulu persediaan menjawab peperiksaan IGCSE. - Getaran, 3 Disember 2022

Gambar : Universal Music Malaysia 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Belum Sedia Jemput Awie & Afdlin Shauki Di Suke TV - AC Mizal Tak Mampu Bayar Harga Profesional Mereka

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Sambut Ulang Tahun Pertama, SUKE TV Milik Datuk AC Mizal Tampilkan Variasi Program Baharu Bagi Tahun 2023 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN