web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suami Pelakon Anita Baharom Menghembus Nafas Terakhir

Berita menyedihkan buat pelakon Anita Baharom pada pembuka tahun baharu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 2:32PM

Kenangan Hari Raya Anita Baharom sekeluarga. Gambar: Instagram @anitabaharom

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun baharu 2022 ini disambut dengan penuh duka oleh pelakon 'Keluarga Iskandar', Anita Baharom.

Suaminya yang tercinta, Ismadi Ismail telah disahkan meninggal dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, jam 8 pagi tadi.

Ismadi meninggal dunia pada usia 50 tahun. 

Getaran difahamkan, kematiannya itu disedari Anita sendiri apabila mendapati suaminya itu tidak memberikan sebarang respons apabila dia cuba digerakkan.

Allahyarham Ismadi yang pernah berkhidmat sebagai penerbit di Media Prima dan Astro memiliki sejarah penyakit kencing manis.

Anita berkongsi berita duka ini lewat hantaran di Instagram. 

“Dukacita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi Bin Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi, 1 Januari 2022 (Sabtu).

“Mohon doa daripada saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” katanya. 

Ismadi pergi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata mereka, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

Salam takziah buat Anita sekeluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan tahun baharu ini. - Getaran, 1 Januari 2022

Isu Pada

Siti Nurhaliza – Kejora Hati Kita

01 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Tiket Bola Perlawanan Akhir Sea Games 2017, Detik Awal Anita Baharom Kenal Engku Isyamuddin 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Anita Baharom Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN