web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sebab Berlakon Filem Terkenal Hong Kong, Rosyam Dapat Water Jet Percuma!

Bergandingan dengan Louis Koo dalam filem 'G Storm', Rosyam membawakan watak ketua penjahat bernama King!

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 9:04AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Tuan kedai itu tanya saya adakah saya yang berlakon dengan Louis Koo? Lepas itu dia beri saya 19 waterjet percuma,” demikian cerita pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor sambil ketawa semasa berkongsi reaksi yang diterimanya oleh masyarakat Cina sebaik sahaja bergandingan dengan pelakon terkenal Hong Kong menerusi filem G Storm. 

Ini bukan kali pertama Rosyam dilihat membintangi filem antarabangsa. Sebelum ini dia muncul sebagai watak sampingan menerusi filem Kabali yang turut dibintangi pelakon terkenal  India, Rajinikanth. 

Rezeki berpihak kepada Rosyam kali ini memandangkan G Storm bukanlah filem calang-calang di Hong Kong. Ia sebuah filem pelengkap kepada siri anti korupsi terkenal bermula daripada Z Storm (2014), S Storm (2016), L Storm (2018) dan P Storm (2019).

Manakala G Storm yang ditayangkan pada 31 Disember 2021 adalah filem akhir menutup rantaian filem anti rasuah itu.

Rosyam bersyukur menerima tawaran berlakon daripada produksi besar di luar negara walaupun mencecah usia 54 tahun. Katanya lagi, senario dan nuansa perfileman luar negara begitu berbeza. 

“Produksi di sana mementingkan aspek kematangan dan filem yang dihasilkan juga akan mengikut kematangan seseorang pelakon. Namun, hal ini berbeza dengan di Malaysia. Bila pelakon itu sudah tua, dia dianggap tidak ada pasaran.

“Tapi di Hong Kong, semakin matang pelakon, semakin besar impak yang diberikan kepada sesebuah filem kerana setiap pelakon sudah mempunyai peminat di usia seperti itu. 

“Tidak hanya populariti malah kredibiliti juga penting. Kita kena faham, menghidupkan industri filem di Malaysia ini bukan hanya ketika usia muda, malah tua pun sama.

“Kalau ada kredibiliti dan populariti, kita boleh mengangkat diri kita untuk menarik ramai penonton berada di pawagam,” katanya ketika ditemui Getaran semasa tayangan perdana filem G Storm baru-baru ini.

Rosyam mengakui namanya mungkin sudah dikenali oleh masyarakat Melayu di negara ini. Namun penerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Selebriti 2019 itu berharap setelah membintangi filem-filem luar negara ini, jenama lakonannya sebagai Rosyam Nor akan lebih dikenali oleh masyarakat bukan Melayu.

“Saya berharap filem ini akan mengetengahkan nama saya tidak hanya kepada orang Melayu. Selepas Kabali saya dikenali lebih masyarakat India di Malaysia.

“Sekarang dengan membintangi G Storm saya menerima liputan akhbar dari media China. Semoga ramai masyarakat Cina akan mengenali saya dan menonton kerja-kerja saya sebelum ini.

“Secara tak langsung mengekalkan jenama Rosyam Nor di suatu tahap tertentu,” katanya lagi.

Rosyam membawakan watak ketua penjahat bernama King yang melakukan kerja-kerja pemerdagangan orang dalam filem. Turut membintangi G Storm ialah Louis Koo, Julian Cheung, Kevin Cheng dan lain-lain. - Getaran, 31 Disember 2021

Gambar : G Storm

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

2

TARA 2 tahun yang lalu

Kwan Kee, Kedai Manisan Diiktiraf  ‘Michelin Guide Hong Kong’ Kini Di Malaysia

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Isu Di Antara Syamsul Yusof - Aaron Aziz Bukan Masalah Saya, Itu Masalah Produksi - Rosyam Nor

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Mohamad Faisal Lega Kemarau Gol Berakhir

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN