web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021 : Selebriti Yang Memilih Untuk Berhijab Pada Tahun 2021

Tahun 2021 menyaksikan ramai artis popular yang memilih untuk berhijrah dari segi penampilan dengan memilih untuk memakai hijab.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 2:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun 2021 menyaksikan ramai artis popular memilih untuk berhijrah dari segi penampilan dengan memakai hijab. 

Tidak dapat dinafikan, kecantikan selebriti-selebriti ini lebih terserlah dengan imej sopan dan manis. Peminat juga lebih suka melihat mereka berimej sopan. Sejuk mata memandang katanya.

Getaran senaraikan selebriti-selebriti popular yang mengambil keputusan untuk memakai hijab pada tahun 2021.

 

Nur Fazura

Biarpun si tuan badan tidak pernah membuat kenyataan secara rasmi bahawa dia kini telah memakai hijab, namun rasanya semua sudah tahu bahawa imej berhijab kini sudah sinonim dengan Fazura.

Malah Fazura juga pernah tampil di muka hadapan majalah Hijabista sekali gus mengesahkan bahawa dia kini selesa berimej Muslimah. Fazura kini rancak mengendalikan perniagaan tudungnya yang sering kali ‘sold out’.

 

Izara Aishah

Aktres jelita ini tampil berhijab sejak Ogos lalu dan telah memadam semua gambarnya yang tidak berhijab di akaun media sosialnya.

Sejak berhijab, wajah Izara sering menjadi pilihan jenama popular tempatan untuk menjadi model tudung mereka termasuklah Rizman Ruzaini dan Shawlpublika.

 

Zizi Kirana 

Menjadi kebiasaan buat Zizi memakai hijab pada bulan Ramadan. Namun Ramadan tahun ini berbeza buat penyanyi lagu EH! Ini apabila dia membuat keputusan untuk terus memakai hijab.

Lebih manis tahun ini, Zizi mengakhiri zaman bujangnya bersama pelakon, Yusuf Baharin.

 

Farah Nabilah

Pelakon popular, Farah Nabilah juga memilih untuk mengenakan hijab sepenuhnya sejak Ogos tahun ini. Pada mulanya, Farah dilihat sering memakai selendang dalam setiap hantarannya di Instagram.

Namun pada Ogos, dia memuat naik sebuah video bersama anaknya untuk mempromosikan produk penjagaan bayi dengan memakai hijab sepenuhnya. 

 

Nana Mahazan

Selebriti popular kelahiran Akademi Fantasia 1, Nana Mahazan memilih untuk berhijrah dengan memakai hijab sepenuhnya sejak Ogos lalu.

Menurut Nana sudah lama dia terfikir untuk berhijab dan sewaktu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu telah menjentik hatinya lalu tekad untuk berhijab. 

 

Elyana

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Tak Tercapai Akalmu’ ini mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada Jun lalu.

Seiring penghijrahan, Elyana turut mendapat satu lagi berita gembira apabila dia kini disahkan bebas kanser setelah 10 tahun menanggung derita melawan penyakit itu. 

 

Siti Elizad

Pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Siti Elizad turut membuat keputusan untuk memakai hijab pada tahun ini. Elizad memuat naik gambar pertamanya memakai hijab di Instagram pada Ogos lalu dengan kapsyen, ‘Slowly but surely’. 

 

Fieya Julia

Penyanyi muda yang semakin meningkat naik, Fieya Julia mengambil keputusan untuk berhijab pada Ogos lalu.

Fieya turut memadam semua gambarnya yang tidak bertudung di akaun media sosial serta dalam galeri telefon pintarnya sendiri.

Menurut Fieya, sudah lama dia menyimpan hasrat untuk bertudung dan merasa lebih tenang selepas berhijab sepenuhnya. 

 

Betty Rahmad

Pelakon, usahawan dan pempengaruh media sosial, Betty Rahmad turut memilih untuk memakai hijab sepenuhnya pada tahun ini.

Betty yang merupakan adik kepada pelakon terkenal Erma Fatimah dan Umie Aida ini telah memakai hijab secara rasmi pada Ogos lalu sempena kedatangan Awal Muharam.

Menurut Betty, kematian penyanyi, Siti Sarah turut menjentik hatinya untuk berhijrah memakai hijab.

Semoga kesemua mereka kekal istiqamah dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT. Semoga penghijrahan mereka dari seri penampilan dapat memberi inspirasi kepada para Muslimah di luar sana. - Getaran, 29 Disember 2021.

Gambar : Instagram setiap artis

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nora Danish Berhijab Selepas Sering Hadiri Majlis Ilmu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'Fear Of Missing Out' Boleh Beri Impak Positif Dalam Era Digital - Fahmi

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Fazura Pastikan Produknya Mampu Milik

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN