web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Salman Khan Dipatuk Ular

Pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan dipatuk ular sewaktu berada di rumah ladangnya untuk menyambut perayaan Krismas.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 8:19AM

Pelakon Bollywood, Salman Khan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan telah dikejarkan ke hospital selepas dipatuk ular tidak berbisa sewaktu berada di rumah ladangnya yang terletak di Panvel, Mumbai.

Difahamkan Salman atau nama sebenarnya Abdul Rashid Salim Salman Khan, 56, telah dipatuk di bahagian tangannya dan kini berada di dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan.

Pelakon filem Bajrangi Bhaijaan itu berada di rumah ladang berkenaan untuk meraikan perayaan Krismas bersama keluarganya yang sememangnya menjadi tradisi setiap tahun.

"Seekor ular memasuki rumah ladang saya dan ketika membawanya keluar menggunakan kayu, ia menjalar ke tangan saya. Dan ketika cuba menangkapnya, ia mematuk saya tiga kali," kata Salman kepada pemberita.

Walau bagaimanapun, Salman telah dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-56. - Getaran, 28 Disember 2021

Foto : Instagram @beingsalmankhan

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Percikan Bunga Api Iringi Sambutan Krismas Di Melaka

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan Setakat 10 Malam

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN