web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021 : Selebriti Yang Melangsungkan Perkahwinan Pada Tahun 2021

Ramai selebriti popular telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2021, termasuklah Neelofa, Haqiem Rusli dan Ayda Jebat. Jom ikuti Sorotan Getaran 2021 kali ini.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun 2021 menyaksikan ramai artis popular tempatan bernikah dengan pasangan masing-masing. Ada yang bujang ada juga yang sudah pernah berumah tangga sebelum ini.

Berikut, ikuti Sorotan Getaran 2021 tentang selebriti tempatan yang telah berkahwin sepanjang tahun ini. Berdasarkan sorotan kami ini, pada pendapat anda, yang mana satu layak digelar ‘Wedding Of The Year’?

 

Ayda Jebat dan Nabil Mahir

Pasangan selebriti popular ini membuka lembaran baru 2021 dengan mengikat tali pernikahan pada 1 Januari 2021.

Namun disebabkan mematuhi SOP dan masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka memilih untuk tidak mengadakan majlis resepsi. 

Gambar: Instagram Ayda Jebat
Gambar: Instagram Ayda Jebat

 

Neelofa dan PU Riz 

Perkahwinan pasangan popular ini paling mendapat liputan meluas dari media tahun ini. Sebelum diijab kabul, mereka berdua mengunci mulut mengenai majlis perkahwinan yang berlangsung pada 27 Mac 2021.

Hanya pada hari mereka disatukan, barulah satu Malaysia tahu tentang majlis perkahwinan mereka.

Cerita mengenai majlis perkahwinan mereka dipaparkan oleh media sepanjang minggu termasuklah cerita mengenai pelanggaran SOP sewaktu majlis berlangsung.

Gambar Instagram Neelofa
Gambar Instagram Neelofa

Ernie Zakri dan Syamel

Pasangan duet serasi ini akhirnya bersatu sebagai suami isteri yang sah pada tanggal 26 Mac 2021. Mereka mulai rapat sejak menyertai program 'Duo Star' pada tahun 2016 dan mengikat tali pertunangan pada Ogos 2020.

Gambar: Instagram Ernie Zakri
Gambar: Instagram Ernie Zakri

 

Engku Emran dan Noor Nabila

Perkahwinan yang paling tidak diduga tahun ini adalah antara Engku Emran dan Noor Nabila. Sebelum ini, Engku Emran merupakan suami kepada pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Noor Nabila pula merupakan isteri kepada Sharnaaz Ahmad.

Mereka berdua diijabkabulkan pada 19 Mac 2021.

Gambar: Instagram Noor Nabila
Gambar: Instagram Noor Nabila

 

Remy Ishak dan Ezza Yusof

Hero Malaya ini telah mematahkan ramai hati wanita di luar sana selepas mengumumkan akan berkahwin dengan kekasihnya iaitu Ezza Yusof.

Remy dan Ezza pernah bertunang namun kemudiannya putus. Ternyata jodoh mereka kuat apabila mereka akhirnya bergelar pasangan suami isteri yang sah pada 21 Ogos 2021. 

Gambar Fail
Gambar Fail

 

Elizabeth Tan

Jika Remy Ishak telah mematahkan hari ribuan wanita dengan perkahwinannya, penyanyi Elizabeth Tan pula telah mematahkan hati ramai jejaka di luar sana apabila mengumumkan sudah berkahwin pada 20 Mac 2021 dengan jejaka yang dipilih oleh keluarga.

Berita mengenai perkahwinan Elizabeth menjadi bualan selepas foto perkahwinannya tersebar. 

Gambar Fail
Gambar Fail

 

Zizi Kirana & Yusuf Bahrin

Pasangan ini memilih untuk melangsungkan perkahwinan pada 19 September 2021 selepas dua bulan berkenalan. Mereka juga telah bertunang secara maya pada 19 Ogos 2021.

Zizi, 36, tertarik dengan Yusuf, 29, kerana kematangan dan sifatnya yang sopan santun.

Gambar Fail
Gambar Fail

 

Intan Ladyana dan Harris Alif

Jurang umur sebanyak 17 tahun tidak menghalang pelakon Intan Ladyana, 38 dan Harris Alif, 22, untuk melangsungkan pernikahan pada 5 Februari 2021. 

Gambar: Instagram Intan Ladyana
Gambar: Instagram Intan Ladyana

 

Haqiem Rusli dan Anis Sofea

Penyanyi popular Haqiem Rusli telah membuatkan ramai anak gadis kecewa selepas mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang tahun ini.

Haqiem memilih gadis berusia 19 tahun sebagai suri hatinya. Pasangan ini telah bernikah pada 19 November 2021.

 

Uqasha Senrose dan Kamal Adli

Selepas beberapa kali tertangguh, akhirnya pasangan popular ini telah sah menjadi pasangan suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis tertutup.

Namun hanya sebulan selepas disatukan baru pasangan ini mendedahkan kepada umum bahawa mereka telah menikah.

Gambar Fail
Gambar Fail

 

Yonnyboii dan Nik Nazira

Sebulan selepas bertunang, penyanyi, Yonnyboii membuat kejutan mengumumkan bahawa dia telah bergelar suami orang.

Namun pendedahan itu dibuat seminggu selepas dia diijabkabulkan. Mereka bernikah pada 20 November 2021.

Gambar Fail
Gambar Fail

 

Puteri Aishah

Pelakon drama 'Rahimah Tanpa Rahim' ini telah selamat menjadi isteri kepada ahli perniagaan, Muhammad Firdaus pada 20 November 2021. Pasangan sama cantik sama padan ini mula berkenalan sejak dua tahun lalu.

 

Uyaina Arshad dan Raja Syahiran

Tarikh 21.12.21 menjadi saksi dua jiwa ini disatukan sebagai pasangan suami isteri selepas dua tahun menjalin hubungan istimewa.

Biarpun pelamin yang sepatutnya diguna oleh Uyaina untuk malam berinai hanyut dek banjir pada. Namun perkara itu tidak menjadi penghalang untuk mereka melangsungkan hari bahagia mereka.

 

Haliza Misbun

Kata orang kalau dah jodoh, lambat atau cepat pasti akan tiba jua. Begitulah yang terjadi pada pelakon berbakat, Haliza Misbun apabila bertemu jodoh dengan seorang jejaka Inggeris.

Haliza, 48, disatukan dengan Matthew John Rodgers, 48, pada 10 April 2021.

Gambar Fail
Gambar Fail

 

Ariff Bahran

Penyanyi ini telah membuat kejutan di malam Anugerah Drama Sangat yang lalu apabila mencium dahi seorang wanita di atas pentas. Rupanya wanita itu adalah isterinya sendiri yang dinikahi pada 3 September 2021.

Gambar: Instagram Ariff Bahran
Gambar: Instagram Ariff Bahran

 

Caprice

Selebriti kontroversi, Caprice membuat kejutan apabila telah berkahwin dengan seorang ibu tunggal anak satu pada 15 November yang lalu.

Gambar Fail
Gambar Fail

Antara selebriti lain yang berkahwin pada tahun ini ialah Fizo Omar, Risteena Munim dan Isa Khan, Nur Saida Taruddin, Zahid AF2, Datuk Nora Ariffin, Jasmin Hamid, Ayie Floor 88, Zee Avi, Farid Amirul dan Elisya Sandha.

Semoga semuanya berbahagia hingga ke akhir hayat. - Getaran, 25 Disember 2021

Isu Pada

Di Balik Pesona Roberto Guiati

25 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN