web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pasukan Suria FM Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Di Pahang

Stesen radio popular, Suria FM mengambil inisiatif untuk turun padang membantu mangsa-mangsa banjir dua daerah di Pahang.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Dec 2021 4:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai tanda prihatin terhadap mangsa banjir, stesen radio Suria FM mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan ‘Misi Bantuan Banjir Suria’ yang melibatkan seramai lebih 20 orang kakitangan termasuk kesemua penyampai radio Suria FM iaitu Ajak, Fizi Ali, Suraya, Cik Piah, Tyzo, Sharifah Shahirah dan DJ Lin. 

Siri pertama untuk misi bantuan telah diadakan pada hari Khamis, 23 Disember lepas melibatkan dua daerah di Pahang iaitu Kampung Bukit Piatu dan Taman Harmoni di Bentong serta Kampung Bukit Dinding yang terletak di Jerantut. 

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), menerusi misi pertama ini, mereka telah berjaya mengagihkan ‘beg bantuan Suria’ kepada lebih 100 buah rumah di sekitar Bentong juga ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Bukit Dinding, Jerantut, Pahang. 

“Kami sangat terharu kerana kebanyakan penduduk di lokasi yang terlibat merupakan pendengar Suria FM. Mereka kelihatan sangat teruja apabila menerima kunjungan penyampai Suria FM.

“Ramai yang turut bergambar dan tak kurang juga yang mengalirkan air mata sebak melihat kedatangan kami ke rumah mereka.

“Misi pertama ini, Alhamdulillah, Allah usaha kami membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir. InsyaAllah misi ini akan kami teruskan ke lokasi yang lain pula, termasuk di Lembah Klang.

“Penyertaan daripada syarikat korporat atau rakan-rakan penaja amat kami alu-alukan untuk turut sama berkolaborasi dengan pihak Suria FM dalam menganjurkan misi seumpama ini.

“Mungkin dengan penyertaan daripada mereka, skala bantuan yang sedia ada dapat diperbesarkan dan boleh membantu lebih ramai mangsa banjir yang terlibat,” ujarnya.

Untuk sebarang perkembangan terkini, boleh terus dengarkan Suria FM atau layari laman web suria.my dan akaun media sosial Suria Malaysia. - Getaran, 24 Disember 2021

Gambar : Suria FM

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN