web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Artis Ambil Peluang Tunai Ibadah Umrah Di Bulan Disember

Ramai selebriti Malaysia yang memilih untuk mengerjakan ibadah umrah pada bulan Disember termasuklah Uqasha Senrose, Kamal Adli, Sufian Suhaimi dan Zulin Aziz.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 2:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak kerajaan membenarkan rakyat Malaysia untuk terbang ke luar negara, ramai yang mengambil peluang untuk menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah. Tidak terkecuali selebriti tempatan.

Selepas hampir dua tahun tidak dapat ke luar negara gara-gara pandemik COVID-19, ramai yang rindukan untuk menjejakkan kaki di tanah suci.

Malah ramai juga yang memilih untuk menunaikan umrah terlebih dahulu sebelum terbang ke negara lain.

Getaran senaraikan barisan selebriti tanah air yang memilih untuk menunaikan ibadah umrah sejurus sempadan antarabangsa dibuka. 

Sufian Suhaimi - Impian penyanyi yang popular dengan lagu 'Di Mata Mu' ini untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan ibadah umrah menjadi kenyataan apabila mereka sekeluarga berangkat ke tanah suci pertengahan Disember lalu.

Ifa Raziah - Selebriti dan usahawan ini telah memilih untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya untuk kali yang ketiga pada 8 Disember lalu. Ifa juga rajin berkongsi momennya di tanah suci untuk tatapan pengikut Instagramnya.

Eira Syazira dan Azad Jasmin – Pasangan popular ini buat pertama kalinya menunaikan ibadah umrah sebagai suami isteri. Mereka berdua berangkat ke tanah suci pada minggu lalu.

Zulin Aziz – Selebriti dan usahawan popular ini turut memilih untuk mengerjakan ibadah umrah pada ketika ini. Zulin turut ditemani beberapa sahabat baiknya juga kekasih hati.

Uqasha Senrose dan Kamal Adli – Pasangan pengantin baru ini memilih untuk menunaikan umrah kerana mahu memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi.

Uqasha pernah berdoa di tanah suci tentang soal jodohnya bersama Kamal. Dan akhirnya Allah telah menjawab segala doanya. Ini juga kali pertama Kamal menunaikan ibadah umrah. Mereka berangkat ke tanah suci pada 23 Disember lalu.

Noraniza Idris – Ratu irama tradisional ini bersyukur kerana dikurniakan rezeki untuk menunaikan ibadah umrah pada ketika ini.

Noraniza juga sanggup berkorban untuk tidak membuat persembahan di pentas separuh akhir Muzik Muzik 36 di mana lagunya bersama Bunga berjudul 'Intan Payung' turut tercalon. 

Semoga kesemua mereka mendapat ibadah umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan ibadah sepanjang berada di tanah suci. - Getaran, 24 Disember 2021

Gambar : Instagram

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN