Berita Terkini

23 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Tuntut Cerai, Shila Amzah Sudah 2 Bulan Keluar Rumah 

Dalam usaha menunggu proses perceraiannya dengan Haris Idraki selesai, Shila Amzah sekali lagi dilanda dugaan apabila rumah kediaman ibu bapanya di Hulu Langat dilanda banjir. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 5:49PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang pernah mengukir nama di China, Shila Amzah, 31, mengakui telah memfailkan permohonan cerai ke atas suaminya, Haris Idraki, 32, yang dinikahinya pada 19 April 2018. Namun, proses perceraian tersebut masih lagi berlarutan dan belum ada penyelesaiannya. 

Namun, pada saat menunggu proses perceraiannya bersama suaminya itu selesai, penyanyi yang pernah mencipta nama menerusi lagu ciptaan dan nyanyiannya, 'Patah Seribu' ini turut menerima satu lagi dugaan apabila rumah kediamannya ibu bapanya di Hulu Langat dilanda musibah banjir. 

“Ramai yang tidak tahu kesukaran yang saya alami. Sudah dua bulan, saya keluar dari rumah dengan Seth (anaknya) dan menumpang di rumah mak dan abah di Hulu Langat. 

“Saya sudah failkan cerai tapi malangnya, prosesnya masih lagi belum selesai kerana dia (suami) mahu memanjangkan perkara tersebut. 

“Cuma bila sudah jadi begini, saya sudah tidak boleh bersabar lagi. Sudah sehabis daya saya cuba untuk bertahan dan jaga hati dan nama baik semua orang, 

“Sebelum ini tumpang berteduh rumah mak dan abah. Sekarang, kita semua pun hilang tempat berteduh dan terpaksa menumpang di rumah ibu saudara saya,” katanya menerusi posting yang dikongsi di Instagram miliknya.

Shila atau nama sebenarnya NorShahila Amir Hamzah juga memberitahu bahawa dia memiliki kediamannya sendiri di Cyberjaya, tetapi tidak dapat pulang ke sana. 

“Saya ada rumah sendiri di Cyberjaya, tapi tak selesa nak balik sebab si dia (suami) masih berada di rumah saya. Seth juga tidak selesa. 

“Kesian satu famili saya sebab sebab duduk dalam satu bilik buat sementara waktu. Jauh di sudut hati, saya mahu sangat pulang kerumah saya di Cyberjaya. 

“Sekurang-kurangnya, dapat juga saya membalas jasa kedua-dua ibu bapa saya. Doakan saya dan keluarga saya,” katanya yang pasrah menerima dugaan demi dugaan. 

Ramai rakan selebriti memberikan kata-kata semangat buat Shila Amzah termasuklah bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad. 

Hasil perkongsian hidup Shila dengan Haris, mereka telah dikurniakan cahaya mata lelaki, Seth Uwais berusia setahun lebih yang dilahirkan pada 31 Ogos 2019. - Getaran, 21 Disember 2021


Gambar: Instagram @shahilaamzah

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Terus Meningkat

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 13 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Filem & TV 21 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

oleh Helmi Anuar